web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Hina Islam Dilarang Kembali Buat Persembahan, Menteri Tak Tolak Ansur

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2022 8:38PM

CH telah membuat laporan polis mengenai insiden seorang wanita yang didakwa menghina Islam ketika membuat persembahan di kelab berkenaan. - Tangkap Layar dari video tular di media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Susulan tindakan ‘mengejutkan’ seorang wanita didakwa menghina Islam ketika membuat persembahan komedi di sebuah kelab di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), pihak pengurusan premis itu, Crackhouse Comedy Club (CH) mengambil tindakan drastik dengan melarang individu terbabit kembali ke situ.

CH dalam kenyataan berkata, malah pihaknya sudah membuat laporan polis mengenai insiden terbabit di Balai Polis Tun Dr Ismail hari ini.

“Pihak kami (CH) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut yang tular di media sosial sejak pagi ini.

“Selepas berlakunya persembahan tersebut, individu berkenaan dilarang daripada kembali ke Crackhouse Comedy Club,” katanya hari ini.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Datuk Idris Ahmad berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur dalam isu penghinaan terhadap Islam.

“Jika berlaku melalui media sosial pihak saya akan minta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ambil tindakan.

“Jika kejadian itu kita tahu tempat dan kenal individu yang menghina agama, maka pihak berkuasa agama negeri tersebut akan dihubungi,” katanya.

Terdahulu, Getaran melaporkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyiasat video tular sebuah acara ‘stand up comedy’ dipercayai berlangsung di TTDI yang didakwa berbaur penghinaan terhadap Islam.

Pengarahnya, Datuk Mohd Ajib Ismail, berkata siasatan awal sudah dijalankan Bahagian Penguatkuasaan JAWI berhubung video berkenaan.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 7, iaitu menghina Islam atau menyebabkan agama berkenaan dipandang hina.

Siasatan itu dilakukan susulan penularan video acara terbabit yang memaparkan seorang wanita berpakaian sopan dan bertudung memperkenalkan diri kepada penonton.

Bagaimanapun, selepas memberitahu dirinya seorang muslim dan menghafal 15 juzuk dalam Al-Quran, wanita tersebut membuka baju, kain dan tudungnya.

Dengan berpakaian seksi, wanita tersebut kemudiannya mengeluarkan kata-kata tidak sopan sambil menyapa penonton yang kemudiannya bersorak melihat adegan tersebut. - Getaran, 9 Julai 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad