web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KBAT Bebankan Murid, Silibus Sekolah Rendah Wajar Dinilai Semula?

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2022 7:00AM

PIBGN berpandangan adalah perlu kajian terperinci berhubung pelaksanaan KBAT ke atas murid sekolah rendah dilakukan bagi mengetahui sama ada ia mencapai sasaran atau tidak. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sudah tiba masa untuk Kementerian Pendidikan (KPM) mengkaji keberkesanan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang diterapkan dalam silibus pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah rendah.

Gesaan itu dilontarkan Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, susulan rungutan segelintir ibu bapa sejak kebelakangan ini yang menganggap silibus aras tinggi tidak sesuai diterapkan di peringkat berkenaan.

Menurut beliau, kajian terperinci terhadap pelaksanaan KBAT ke atas murid sekolah rendah amat perlu bagi mengetahui sama ada ia mencapai sasaran atau tidak.

“Kajian terperinci berhubung pelaksanaan perkara itu amat penting kerana jika ia keterlaluan, murid ini mungkin akan terus ketinggalan dan silibus berkenaan boleh diubah bersesuaian keadaan semasa.

“KPM juga perlu melihat semula kesiapsiagaan guru terhadap silibus dibawa mereka jika masih belum bersedia sepenuhnya, mereka perlu diberi latihan intensif semula supaya dapat mengikuti sesi pembelajaran lebih berkesan,” katanya kepada Getaran.

 Dr Mohamad Ali Hassan
Dr Mohamad Ali Hassan

Beliau berkata, dengan kajian semula silibus tersebut, KPM boleh meneliti kembali isu seperti prasarana atau infrastruktur asas bagi meningkatkan lagi keberkesanan PdP di sekolah.

“KPM tidak boleh menyerahkan segalanya kepada pihak sekolah dan guru tanpa menyediakan bahan rujukan mencukupi kepada murid.

“KBAT tidak cukup hanya dengan memberi arahan semata-mata, sebaliknya prasarana dan infrastuktur memainkan peranan penting dalam membantu murid lebih memahami pelajaran mereka,” katanya.

Justeru, Mohamad Ali mencadangkan KPM supaya membuat kajian perbandingan antara silibus pelajaran di Malaysia dengan negara maju lain, seperti Singapura, Jepun atau Korea bagi memberi ruang dan peluang kepada penambahbaikan.

“Mereka perlu teliti semula kandungan yang berat dan memberi keutamaan kepada ‘character building’ (pembinaan karakter) terhadap murid sekolah rendah dengan mengutamakan pembangunan akhlak sebagai contoh.

“Saya setuju bahawa silibus sedia ada ini sangat berat untuk murid sekolah rendah dan perlu penelitian serta kajian terperinci,” tegasnya.

Beliau berkata, terdapat beberapa indikasi yang perlu diambil kira KPM bagi menentukan sama ada silibus diterapkan membebankan murid atau tidak, antaranya isu keciciran dan beg berat.

“Jika ia tidak diteliti segera, kita bimbang murid mula ada perasaan ‘give up’ (berputus asa) untuk teruskan pelajaran dan mengambil keputusan tak mahu bersekolah. Ia akan menyebabkan lebih banyak masalah sosial.

“Di negara barat, ketika berada di sekolah rendah, mereka lebih menitikberatkan hal seperti komunikasi, adab dan tata susila dalam kalangan murid disebabkan ia praktikal bagi menyediakan golongan tersebut dengan silibus lebih berat,” katanya.

Dr Mariani Md Nor
Dr Mariani Md Nor

Sementara itu, Pakar Psikologi SEGi Universiti, Profesor Dr Mariani Md Nor berkata, pelbagai kesan negatif boleh ‘menyelubungi’ murid apabila mereka merasa ketinggalan dalam pelajaran disebabkan isu tersebut.

Menurutnya, keadaan bertambah rumit apabila seseorang murid yang tidak memahami pelajaran pulang ke rumah untuk merujuk kepada ibu bapa, namun mereka tidak dapat membantu.

“Situasi sebegini menyebabkan murid tersebut runsing, bimbang, susah hati dan sebagainya, ditambah pula dengan lontaran pandangan negatif dari persekitaran, sekali gus mengurangkan estim kendiri.

“Perkara tersebut menyumbang kepada kurangnya kepercayaan dan penghargaan pada diri, hilang keyakinan, selain isu sosialisasi,” katanya.

Beliau berkata, ketidaksediaaan seseorang murid terhadap sistem pelajaran baharu juga boleh mewujudkan situasi negatif, ditambah dengan suasana pembelajaran yang tidak kondusif di dalam kelas.

“Sampai satu masa jika tiada sistem sokongan yang baik, mereka akan hilang semangat belajar dan mula mencari helah tak mahu ke sekolah serta mencari 1001 alasan untuk tidak menyiapkan tugasan diberikan guru,” katanya

Justeru, Mariani menasihatkan, guru dan pihak sekolah supaya berpada-pada dalam memberikan tugasan kepada murid supaya tidak membebankan, selain ibu bapa harus memainkan peranan dalam memberikan sokongan kepada anak untuk berjaya.

“Seperti pepatah Inggeris ‘It takes a village to raise a child’ yang membawa maksud seluruh eko sistem perlu memainkan peranan bagi membolehkan matlamat dicapai dan berkesan,” katanya. – Getaran, 10 Julai 2022

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad