web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Amah Indonesia Dibawa Masuk Secara Berperingkat Mulai Bulan Ini - Saravanan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2022 3:25PM

Gambar hiasan pexel

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GOPENG - Pengambilan pekerja warga asing bagi pembantu rumah dari Indonesia telah dilakukan secara berperingkat bermula awal bulan ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata kebanyakan majikan di Malaysia lebih memilih untuk menggajikan pembantu rumah warga Indonesia berbanding negara lain seperti Kemboja dan Bangladesh.

“Ada (pekerja warga asing) yang sudah dibawa masuk namun jumlah kemasukan ini perlu disemak dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana Kementerian Sumber Manusia hanya memproses dokumen dan pengurusan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Rumah Kelab Bell Belia Tamil Gopeng di sini hari ini.

Pada 7 Jun, Saravanan yang juga Ahli Parlimen Tapah dilaporkan berkata isu pengambilan pekerja asing dari Indonesia, Bangladesh dan Kemboja dijangka selesai dalam masa terdekat.

Sementara itu, beliau berkata kementeriannya akan membentangkan cadangan berkaitan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kemboja bagi membawa masuk pembantu rumah dari negara itu ke Kabinet.

“Kita masih dalam proses dan ia akan mengambil masa tetapi kita cuba mempercepat. Saya akan membentang cadangan MoU ke Kabinet untuk mengambil pekerja asing khususnya domestik, Kemboja ada pembantu rumah Islam dari kumpulan Champa yang telah tunjuk minat," katanya.

Saravanan berkata beliau telah mengadakan perbincangan dengan kerajaan Kemboja berhubung kerjasama itu dan pekerja akan diberi peluang untuk bekerja di negara ini dalam masa terdekat.

Ditanya sama ada proses pengambilan pekerja asing terjejas berikutan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dakwaan penyelewengan dalam pemilihan 25 syarikat Bangladesh sebagai ejen merekrut pekerja negara itu ke Malaysia termasuk syarikat Bestinet yang membekalkan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS), Saravanan berkata ia tidak berkaitan.

“Ia tiada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap Bestinet kerana biasanya kementerian mengikut peraturan walaupun sistem yang digunakan diperoleh melalui KDN, kita cuma berkongsi sistem dan ia tidak menyebabkan apa-apa terjejas.

“Mungkin pihak Bestinet sibuk memberi kerjasama kepada SPRM dan mungkin berlaku sedikit kelewatan tetapi secara keseluruhan tidak ada kesan,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 47 minit yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Luar Negara 6 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar