web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aidiladha: Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Perlahan Sejak Pagi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2022 11:10AM

Aliran trafik perlahan di Plaza Tol Gombak setakat jam 10 pagi ini susulan orang ramai pulang berhari raya bagi menyambut Aidiladha esok. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di lebuh raya utama dari ibu kota menghala ke utara, timur dan selatan negara dilaporkan tinggi sejak pagi ini susulan orang ramai mengambil kesempatan pulang ke kampung bagi menyambut Aidiladha esok.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata peningkatan kenderaan di lebuh raya bermula sejak 6 pagi dijangka berlarutan sehingga tengah malam.

Menurutnya pihak lebuh raya juga menempatkan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan polis bantuan di plaza tol yang dikenal pasti kawasan ‘hotspot’ berlaku kesesakan. 

"Anggota RELA ditempatkan bagi membantu pengguna tol sekiranya kad mengalami masalah manakala polis bantuan akan menggunakan motosikal untuk meninjau lalu lintas yang sesak di hadapan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. 

Sementara itu, LLM melaporkan aliran trafik perlahan ke arah Pantai Timur sebelum dan selepas Plaza Tol Gombak menuju ke Bukit Tinggi.

Di Lebuhraya Pantai Timur, aliran trafik perlahan sejauh 5.3 kilometer dari Lancang ke Temerloh.

Trafik juga perlahan di Lebuhraya PLUS arah utara dari Sungai Dua ke Plaza Tol Sungai Dua dan dari kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Rawang ke Sungai Buaya.

Arah selatan pula, trafik perlahan dari Putra Mahkota ke R&R Seremban, Senawang ke Pedas Linggi serta Bukit Gambir ke Pagoh.

Selain itu, trafik di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) turut bergerak perlahan dari Bandar Serenia ke Nilai. 

Kenderaan juga dilaporkan bergerak perlahan di Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) selepas Tuas, Singapura ke Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor.

Tinjauan Bernama di tiga plaza tol iaitu di Gombak, Sungai Besi dan Jalan Duta mendapati berlaku pertambahan kenderaan. 

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

2

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

4

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Seminggu Masak Lauk Sotong Nampaknya...

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 2 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 7 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad