web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Serbuan SPRM Tarik Perhatian, Pegawai Bestinet Disiasat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2022 8:54PM

Serbuan SPRM terhadap Bestinet Sdn Berhad, semalam, sekali lagi menarik perhatian ke atas dakwaan berkaitan sindiket monopoli pekerja warga Bangladesh di negara ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Serbuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap syarikat teknologi maklumat (IT) Bestinet Sdn Berhad, semalam, sekali lagi menarik perhatian ke atas dakwaan berkaitan sindiket monopoli pekerja warga Bangladesh di negara ini.

Serbuan terbabit menyaksikan beberapa pegawai disiasat berhubung pemilihan meragukan 25 agensi merekrut pekerja Bangladesh yang ditugaskan untuk menghantar pekerja warga asing dari negara berkenaan.

Laporan berhubung serbuan itu turut menyatakan bahawa pengasas Bestinet’s, Datuk Seri Mohd Amin Abdul Nor, seorang warga Bangladesh yang memiliki kerakyatan Malaysia tidak ditahan, tetapi turut berdepan soal siasat oleh suruhanjaya berkenaan.

Amin yang lebih dikenali sebagai Amin Bangla, dilaporkan turut disiasat mengenai hubungannya dengan ahli politik termasuk beberapa menteri kabinet, bagi membolehkan SPRM mengetahui dengan jelas faktor pemilihan 25 syarikat terbabit.

Bestinet adalah pengendali tunggal Sistem Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) yang disifatkan sebagai sistem pengurusan ‘holistik’ oleh Jabatan Imigresen Malaysia untuk memproses visa pekerja asing.

Berdasarkan laporan portal berbahasa Inggeris, Malaysian Reserve pada 2019, kerajaan telah memberi mandat kepada Bestinet untuk melaksanakan konsep FWCMS tanpa dana pada 2013.

Dua tahun kemudian, sistem tersebut dijadikan pusat sehenti kerajaan untuk memproses kemasukan pekerja asing tanpa perlu menunggu lama.

Bestinet selepas itu terpalit kontroversi eksploitasi pekerja Nepal di Malaysia dan didakwa menyebabkan negara kerugian RM1.9 bilion daripada proses pembayaran kemasukan pekerja asing.

Laporan tersebut mengakibatkan kerajaan Nepal melarang rakyatnya datang ke Malaysia untuk bekerja ketika itu.

Pada Jun 2018, akhbar The Star melaporkan nasib lebih 100,000 pekerja Bangladesh dan mangsa pemerdagangan manusia yang didakwa terpaksa membayar RM20,000 setiap seorang kepada ‘sindiket’ melibatkan individu bergelar Datuk Seri.

Laporan tersebut juga mendakwa, Datuk Seri terbabit mengawal Sistem Perkhidmatan Pekerja Asing (FWSS) yang berfungsi sebagai sistem tunggal pengambilan pekerja Bangladesh.

Di bawah skim tersebut, majikan perlu membayar RM305 bagi setiap pekerja yang diupah dari Bangladesh dan ia disalurkan kepada Bestinet sebagai caj perkhidmatan untuk pengagihan pekerja.

Sumber memberitahu akhbar berkenaan, ketika itu hanya 10 agensi dibenarkan untuk membawa masuk pekerja Bangladesh, manakala lebih 1,500 lagi tidak terpilih untuk sama terlibat.

Bestinet sebagai reaksi terhadap dakwaan itu menafikan sebarang pembabitan dalam sindiket penyeludupan dan berkata, mereka bukan agensi mencari pekerja atau terlibat dalam sebarang pengambilan pekerja baharu. Mereka juga dilaporkan berkata, bukan semua bayaran RM305 yang dikenakan itu menjadi milik syarikat.

Syarikat terbabit ketika bercakap kepada Nepali Times turut menafikan bahawa mereka mengenakan bayaran kepada pekerja untuk memuat naik data pasport dan imbasan cap jari.

Mereka juga menafikan pengasasnya Amin, mempunyai kaitan dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Awal Jun lalu, lebih 1,300 agensi merekrut pekerja di Bangladesh mengugut untuk mengadakan protes terhadap Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan terhadap pemilihan 25 syarikat selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara kedua negara pada Disember tahun lalu.

Pada 10 Jun, Saravanan mengeluarkan kenyataan menafikan Amin adalah sebahagian daripada sindiket membekalkan pekerja Bangladesh, selepas satu foto mereka bercuti di luar negara tersebar di media sosial.

Minggu berikutnya pula beliau dipetik sebagai berkata, pemilihan 25 agensi terbabit adalah bagi mengelakkan amalan monopoli selain menjaga kebajikan pekerja dan mereka dipilih daripada senarai 1,520 agensi yang diberikan oleh kerajaan Bangladesh.

Saravanan juga memberi jaminan, sebanyak 250 syarikat lagi akan diakreditasi untuk beroperasi di bawah 25 syarikat yang tersenarai dalam ekosistem pengambilan pekerja itu.

Sementara itu, beberapa pihak termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut siasatan menyeluruh diadakan terhadap Bestinet dan sebuah lagi syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd berhubung dakwaan sama. - The Vibes, 7 Julai 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad