web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Banjir Lumpur Di Baling Jejaskan Bekalan Air Pulau Pinang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2022 6:08PM

Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat tinjauan di jambatan yang runtuh di Kampung Iboi selepas dilanda banjir petang kelmarin. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGETOWN - Beberapa kawasan di Pulau Pinang hari ini terjejas dengan gangguan bekalan air yang sebahagiannya berpunca daripada kejadian banjir besar di Baling, Kedah.

Isnin lalu, Baling dilanda banjir kilat berlumpur, menyebabkan beberapa penduduk terkorban dan kemusnahan harta benda di Kampung Iboi.

Media sosial ‘kecoh’ susulan gangguan bekalan air tersebut, dengan pengguna bernama Zikrullah Ismail membayangkan bahawa Pulau Pinang akan terjejas teruk.

Dia berkata, stesen pam pengambilan air di Lahar Tiang dan Kulim Hi-Tech Park di Kedah yang terletak kira-kira empat kilometer (km) dari stesen pam Pinang Tunggal, Pulau Pinang, ditutup semalam akibat banjir lumpur.

Kedah dan Pulau Pinang bergantung kepada air dari Sungai Muda yang mengalir melalui kedua-dua negeri berkenaan.

Zikrullah berkata, air mengalir ke dalam Sungai Muda mungkin terlalu berlumpur dan dipenuhi serpihan yang menyukarkan ia ‘diproses’ menjadi minuman.

Antara kawasan terjejas adalah zon kediaman di sekitar Green Lane, Pulau Pinang.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, Syerleena Abdul Rashid mengesahkan keadaan terbabit dan memaklumkan usaha sedang dijalankan untuk menghubungi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) berhubung perkara berkenaan.

Kejadian terbabit  adalah kali pertama yang menyaksikan banjir di Kedah, menjejaskan sumber bekalan asas penduduk di Pulau Pinang, sekali gus menimbulkan kebimbangan di negeri itu.

Difahamkan, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow yang juga Pengerusi PBAPP, akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat. – The Vibes, 6 Julai 2022.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar