web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerja 4 Hari Seminggu Tak Bernas, Majoriti Pekerja Kita Belum Efisyen - PENGILANG

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2022 3:38PM

PENGILANG menyifatkan cadangan pelaksanaan dasar 4 hari bekerja dalam seminggu sebagai tidak bernas. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak pengilang dan industri perkhidmatan menyifatkan cadangan pelaksanaan dasar empat hari bekerja dalam seminggu sebagai tidak bernas buat masa ini.

Presiden Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PENGILANG), Datuk Azman Yusoff berkata, ia kerana majoriti tahap kerja golongan pekerja di negara ini, sama ada di sektor awam mahupun swasta, masih belum efisyen.

Beliau menambah, perkara tersebut boleh mengurangkan hasil atau pendapatan sesebuah agensi atau syarikat.

“Baru sahaja lagi kita dibebankan dengan isu kenaikan gaji, timbul lagi satu berita di mana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menubuhkan pasukan khas bagi mengkaji pelaksanaan waktu bekerja kepada empat hari seminggu, daripada lima hari atau enam hari seminggu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, bagi majoriti ahli PENGILANG yang juga pemilik kilang, kekurangan hari bekerja mampu meletakkan risiko kepada premis mereka, termasuk berdepan dengan masalah kekurangan pendapatan.

Lebih teruk, Azman menegaskan, ia juga boleh membawa kepada penutupan perniagaan.

Menurut beliau, Malaysia sendiri adalah satu daripada negara paling banyak cuti am yang menyaksikan majikan di negara ini, terutama dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), perlu mengimbangi produktiviti syarikat dengan hari cuti tersebut.

Justeru, beliau menjelaskan, pengurangan hari berkerja mingguan pasti menambahkan beban terhadap majikan.

Sejak pandemik COVID-19, Azman berkata, banyak kelonggaran diberikan majikan kepada pekerja, antaranya bekerja dari rumah (BDR) dan waktu kerja fleksibel.

Kelonggaran tersebut kata beliau, sudah mencerminkan keprihatinan majikan terhadap pekerja di bawah pengurusan mereka.

“Pihak Kesatuan Pekerja-Pekerja di Perkhidmatan Awam (CUEPACS) juga menganggap, kajian untuk empat hari bekerja ini sama sekali tidak relevan dan penekanan harus diberikan kepada kebajikan penjawat awam yang belum terlaksana.

“Kaji selidik daripada Quatrils juga mendapati 62 peratus pekerja lebih gemar dengan fleksibiliti bekerja, berbanding empat hari bekerja,” katanya.

Jelas beliau, kaji selidik dijalankan PENGILANG pula mendapati majoriti daripada ahli, menolak idea pengurangan minggu hari bekerja untuk menjadi lebih singkat.

“PENGILANG juga berharap pihak kerajaan mengkaji secara teliti idea ini dan apakah impak pengurangan hari bekerja terbabit secara terus kepada ekonomi Malaysia,” katanya. - Getaran, 6 Julai 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 16 jam yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 16 jam yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad