web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mangsa Banjir Baling Di PPS Berkurangan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2022 1:10PM

Keadaan Kampung Iboi, Kupang, Baling selepas air banjir surut - Gambar Urusetia Penerangan Darul Aman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BALING - Mangsa banjir di daerah ini yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan kepada 495 orang setakat 8 pagi ini berbanding 1,424 orang pada sebelah malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling Kapt (PA) Rasidah Kassim berkata kekurangan itu berikutan kebanyakan pelajar yang berada di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Yayasan Al-Khiriah diambil waris masing-masing sekali gus jumlah yang masih berada di PPS itu seramai 78 pelajar.

Sementara itu, beliau berkata mangsa yang berada di PPS SMK Jerai terdapat 159 orang daripada 50 keluarga manakala 258 orang daripada 59 keluarga berada di PPS Surau An-Nur.

"PKOB (Pusat Kawalan Operasi Bencana) masih dibuka untuk menerima panggilan dan merekodkan data yang diterima oleh mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kejadian banjir dan fenomena kepala air yang berlaku pada Isnin petang itu, turut mengorbankan tiga mangsa manakala tujuh rumah musnah dihanyutkan arus deras selain kira-kira 70 rumah rosak akibat bencana itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 15 jam yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar