web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jadikan Kampung Terjejas Banjir Kawasan ‘Darurat Bencana’ Wajar Demi Kebajikan Mangsa

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2022 9:07PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) meminta pihak berkaitan supaya mengambil keputusan segera terhadap cadangan mengisytiharkan kampung yang terjejas di Baling, Kedah sebagai kawasan Darurat Bencana.

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata, pihaknya menyambut baik usaha dan tindakan segera diambil kerajaan Kedah itu dalam merangka pelan tindakan untuk membantu mangsa terkesan banjir.

“Sebagaimana kenyataan Muhammad Sanusi mencadangkan kawasan kritikal di beberapa kampung terjejas banjir di Baling diisytiharkan sebagai kawasan Darurat Bencana Tahap I atau II adalah selari dengan situasi dan bidang kuasa yang ada.

“Saya harap agar pihak berkenaan mengambil keputusan segera terhadap cadangan itu agar kebajikan mangsa dapat dipastikan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata, BERSATU Kedah dan BERSATU Bahagian Baling, sudah berada di kawasan bencana sejak mula dan usaha bantuan segera giat dilaksanakan.

“Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah mengarahkan agar jentera parti segera turun ke lapangan untuk menyampaikan bantuan dan pertolongan kepada mereka yang terkesan.

“Datuk Suhaimi Abdullah selaku Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Kedah, menggerakkan Pusat Operasi Bencana BERSATU Kedah dan koordinasi kerja bantuan parti dari Pusat Operasi ini,” katanya.

Wan Saiful berkata, jentera BERSATU Bahagian Baling yang diketuai Mohd Taufik Yaacob turun padang bersama dengan rakyat setempat dan terbabit dalam operasi bantuan sejak bencana melanda, termasuk bersama Muhammad Sanusi.

“Saya merakamkan penghargaan kepada jentera kerajaan Kedah, agensi kerajaan Persekutuan dan semua sukarelawan BERSATU yang terlibat dalam pengurusan musibah ini.

“Saya doakan semua mangsa dapat bersabar dengan ujian ini dan berada dalam keadaan selamat,” katanya. – Getaran, 5 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Politik 1 bulan yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 18 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar