web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bersekongkol Dalam ‘Kartel Tipuan Bida’, 8 Syarikat Didenda RM1.54 Juta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2022 6:22PM

Iskandar Ismail - Gambar ihsan MyCC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Lapan syarikat berkaitan teknologi maklumat (IT) dikenakan penalti sebanyak RM1.54 juta selepas terbabit dalam ‘kartel tipuan bida’, membabitkan empat projek bernilai RM1.92 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), Iskandar Ismail berkata, penalti tersebut dikenakan selepas siasatan mendapati pihak syarikat itu bersekongkol antara satu dengan lain untuk memperoleh projek dibida.

Menurutnya, syarikat terbabit didapati membentuk kartel dalam kalangan mereka untuk menipu ketika menghantar sebut harga dan dokumen tender empat projek IT berasingan di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) pada tahun 2016.

“MyCC memulakan siasatan mengikut Seksyen 15 Akta Persaingan 2010 untuk memastikan sama ada terdapat pelanggaran Seksyen 4 mengikut akta sama.

“Bagaimanapun, ketika siasatan dijalankan MyCC mengesan tiga lagi projek mengandungi unsur tipuan bida sama.

“Selepas semakan menyeluruh terhadap bukti dan pertimbangan teliti terhadap representasi bertulis serta lisan lapan syarikat berkenaan, MyCC memutuskan berdasarkan bukti kukuh, perlakuan syarikat berkenaan adalah pelanggaran mengikut Seksyen 4(1) dibaca bersama Seksyen 4(2) Akta Persaingan 2010,” katanya pada sidang media di pejabat MyCC di sini, hari ini.

Difahamkan, siasatan dijalankan MyCC tersebut, bermula pada tahun 2017 susulan aduan daripada ASWARA yang curiga terhadap insiden ketika proses pemerolehan kontrak bernilai RM467,727 pada tahun 2016.

Iskandar berkata, syarikat dikenakan penalti tersebut adalah Tuah Packet Sdn Bhd dengan jumlah sebanyak RM224,589; Caliber Interconnects Sdn Bhd (RM301,822); Aliran Digital Sdn Bhd (RM32,471); Viamed Sdn Bhd (RM95,512); Novatis Resources Sdn Bhd (RM414,829); Silver Tech Synergy Sdn Bhd (RM14,836); Basenet Technology Sdn Bhd (RM143,283) dan Venture Nucleus (M) Sdn Bhd (RM320,848).

“Berdasarkan Akta Persaingan 2012, syarikat didapati terbabit dalam isu ‘kartel’ sebegini boleh dikenakan penalti sebanyak 10 peratus daripada pendapatan tahun syarikat mereka,” katanya.

Beliau berkata, prosedur perolehan awam ditetapkan untuk memastikan berlakunya pembidaan kompetitif dalam kalangan pembida supaya tidak berlaku ketirisan, terutama membabitkan projek kerajaan.

“Tender atau sebut harga dikemukakan hasil daripada pakatan sulit atau kerjasama antara pembida, menimbulkan tanggapan palsu bahawa proses perolehan adalah adik,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tindakan syarikat terbabit akan memudaratkan proses persaingan dan menyebabkan kerugian kepada kerajaan, sekali gus mengakibatkan ketirisan terhadap dana awam.

“Denda ini menjadi pengajaran kepada syarikat serta perniagaan lain bahawa mereka akan kehilangan lebih banyak daripada apa yang mereka mungkin dapat dengan melanggar undang-undang anti kartel negara,” katanya.

Sementara itu, Iskandar berkata, pihaknya sedang menyiasat 20 kes tipuan bida membabitkan 500 syarikat tempatan dengan projek bernilai lebih RM2 bilion.

“Apa yang saya boleh dedahkan setakat ini adalah 50 peratus daripada syarikat tersebut membabitkan industri pembinaan, selain teknologi maklumat (IT), makanan dan minuman serta beberapa lagi.

“Dalam menangani isu kartel tipuan bida ini, MyCC akan terus menjalankan fungsinya untuk mengenalpasti dan mengambil tindakan terhadap syarikat didapati bersalah,” katanya. – Getaran, 5 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pecah Amanah Najib, Mohd Irwan Ditangguh, Lebih 100 Dokumen Belum Disahkan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Nafi Beras Putih Malaysia MADANI Sokong Perbuatan Kartel

3

Sukan 2 tahun yang lalu

AFC2023: Penalti Bantu Iran Atasi Syria

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kartel Sabotaj Usaha Kerajaan Ringankan Beban Rakyat - Armizan

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 16 jam yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad