web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Henti Perpecahan Orang Melayu, Ambil Tauladan Filem Mat Kilau - Sultan Selangor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2022 8:35PM

Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama Tengku Permaisuri Norashikin, Nur Fazura dan Fattah Amin - Gambar Instagram @selangorroyalofficial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memandang serius gejala perpecahan orang Melayu, terutama dalam kalangan pemimpin politik.

Baginda bertitah, perbalahan kaum Melayu dan pemimpin politik Melayu yang begitu ketara sekarang boleh mengancam perpaduan, keharmonian hidup rakyat pelbagai kaum serta kestabilan politik di Malaysia.

“Beta tidak berhasrat untuk mencampuri urusan politik dan pentadbiran negara.

“Bagaimanapun beta bertanggungjawab untuk memberi nasihat dan pandangan bagi memperbetulkan keadaan, di samping menggesa agar perpecahan orang Melayu serta pemimpin politik Melayu dapat segera dihentikan.

“Ianya adalah bagi menjamin agar kepentingan masyarakat Melayu dapat dipelihara tanpa mengetepikan hak dan kepentingan masyarakat bukan Melayu di negara ini,” titah baginda menerusi kenyataan hari ini.

Sultan Selangor bertitah, pemimpin politik Melayu perlu sedar bahawa pembangunan dan kemajuan negara amat bergantung kepada kepimpinan stabil.

“Andai kata pemimpin Melayu gagal menunjukkan kepimpinan baik dan bertanggungjawab, kaum lain akan hilang rasa hormat terhadap mereka, sekali gus tidak memberi sokongan padu kepada pemerintahan orang Melayu.

“Di samping mengamalkan sikap kepimpinan yang baik dan tidak berbalah sesama sendiri, pemimpin politik Melayu harus bekerjasama dengan pemimpin parti politik kaum lain bagi menjamin pembangunan negara, selain dijadikan keutamaan demi keselesaan hidup rakyat pelbagai kaum,” titahnya.

Justeru, baginda menggalakkan rakyat, terutama kaum Melayu untuk menonton filem Mat Kilau agar ia boleh dijadikan sebagai tauladan dan pengajaran bahawa sesebuah tamadun serta negara boleh runtuh, seandainya tidak bersatu-padu mempertahankannya.

“Beta sudah menonton filem Mat Kilau yang memaparkan bagaimana perpecahan dalam kalangan orang Melayu boleh mengakibatkan pihak luar mudah menguasai kita.

“Jika dihayati dialog digunakan di dalam filem ini, ianya bertepatan bagi menyampaikan mesej kepada orang Melayu bahawa kekuatan sesuatu bangsa terletak kepada semangat perpaduan dan pegangan kepada agama Islam,” titahnya.

Pada masa sama, Sultan Sharuddin bertitah, gejala fitnah-memfitnah berlaku secara berleluasa dalam kalangan masyarakat.

Titah baginda, penyebaran berita fitnah yang tidak ditentukan kesahihannya dan budaya menyerang perilaku peribadi seseorang individu, sudah mengugat keharmonian masyarakat.

“Semua pengkhianatan serta kebencian yang dilahirkan secara terbuka ini seolah-olah sudah menjadi satu budaya dalam kalangan masyarakat kita.

“Kita perlu sedar bahawa fitnah boleh mendatangkan dosa yang besar dan kemurkaan Allah. Islam sendiri menggalakkan manusia untuk berdamai, bersatu-padu dan melarang umatnya berpecah serta bermusuhan,” titahnya.

Baginda turut bertitah, semua pemimpin politik dan rakyat di negara ini supaya mengamalkan budaya sihat berpandukan kepada sikap toleransi dan berprasangka baik bagi mencapai aspirasi perpaduan hidup bersama demi kemakmuran negara.

“Beta meminta agar kita bersama-sama membangunkan sebuah masyarakat yang gagah, bebas dari rasuah, bermaruah, harmoni dan berwibawa dengan menghormati nilai-nilai perpaduan kemanusiaan sejagat.

“Semoga Allah memelihara negara dan kita semua,” titahnya. - Getaran, 4 Julai 2022

 

4 Julai 2022 ~ KENYATAAN D.Y.M.M. SULTAN SELANGOR Beta telah menonton filem Mat Kilau yang memaparkan bagaimana...

Posted by Selangor Royal Office on Sunday, July 3, 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

‘Siew Ki, Ronnie Liu, Datang Seminggu Sekali Hayati Makna Rukun Negara’ - Sultan Sharafuddin

2

Semasa 1 bulan yang lalu

'Tiada Siapa Kaya Dalam Politik Melainkan Penyangak’ - Petikan Dikongsi Sultan Selangor Tarik Perhatian Ramai

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sekali Lagi Difitnah Ada Kaitan Dengan Raja Dadah India, Abdul Malik Buat Laporan Polis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sebar Fitnah Dalam Kuliah, Rosmin Adam Disiasat Pihak Berkuasa

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam