web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mesej Tular Culik Kanak-Kanak Untuk Organ Palsu - PDRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2022 12:56PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hebahan viral kononnya sekumpulan kanak-kanak diculik dan diberikan bahan terlarang untuk dibawa ke negara jiran oleh sindiket penjualan organ adalah mesej palsu yang tular sejak 2017.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Komisioner (ACP) Skandaguru Anandan berkata, mesej tersebut dikesan kembali diulang siar di beberapa platform media sosial sejak beberapa hari lalu.

“PDRM mengesahkan bahawa tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan penculikan dan penjualan organ kanak-kanak seperti didakwa,” katanya hari ini.

Menurut beliau, mesej tersebut meminta masyarakat supaya berwaspada berkaitan dengan penculikan sekumpulan kanak-kanak yang diberi bahan terlarang.

“Bahan tersebut dikatakan menyebabkan mereka tidak mampu bercakap dan dibawa menaiki lori ayam untuk menjalani pemindahan organ di negara jiran.

“Mesej tersebut juga menyatakan, lori terbabit telah diperiksa pihak berkuasa dan menemui enam kanak-kanak, dengan tiga daripada mereka tidak boleh bercakap akibat disuntik sejenis bahan kimia,” katanya.

Skandaguru berkata, mangsa kononnya akan dihantar ke negara jiran untuk dibunuh, bagi membolehkan organ dalaman mereka dijual.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mudah percaya dengan berita tidak berasas yang kesahihannya gagal ditentukan.

“Mana-mana individu yang dikesan menyebarkan berita palsu, boleh disiasat dan didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi 1988 atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian,” katanya. - Getaran, 4 Julai 2022

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini