web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


CBP AS Dakwa Produk Tertentu Top Glove Dihasilkan Buruh Paksa

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2021 8:00AM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP AS) mendakwa produk-produk tertentu oleh Top Glove Corp Bhd telah dihasilkan menerusi penggunaan buruh paksa atau terikat.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin, jabatan itu mendakwa produk sarung tangan pakai buang tertentu telah dihasilkan atau dibuat oleh pembuat sarung tangan getah dengan menggunakan buruh paksa, dan diimport, atau akan, diimport ke AS.

“Penemuan ini terpakai bagi mana-mana barang dagangan yang dijelaskan dalam Seksyen II kenyataan ini, yang diimport pada atau selepas 29 Mac, 2021.

“Ia juga terpakai bagi barang dagangan yang telah diimport dan yang tidak dilepaskan daripada tahanan CBP sebelum 29 Mac, 2021,” menurutnya.

Menurut CBP AS, memetik Seksyen 307 Akta Tarif 1930, barang, barang-barang jualan, artikel, dan barang dagangan yang dilombong, dihasilkan, atau dibuat sepenuh atau sebahagiannya di mana-mana negara asing oleh pekerja bersalah dan/atau buruh paksa di bawah sekatan penal tidak berhak untuk memasuki mana-mana pelabuhan AS, dan pengimportannya adalah dilarang.

Sementara itu, ketika dihubungi pada Isnin, pihak Top Glove enggan mengulas berhubung perkara itu.

15 Julai, 2020, dilaporkan CBP AS telah mengeluarkan perintah tahan pelepasan ke atas sarung tangan pakai buang yang didakwa dibuat oleh buruh paksa di Malaysia oleh Top Glove.

Pada tahun lepas, Pengerusi Eksekutif Top Glove, Tan Sri Lim Wee Chai berkata pihaknya berusaha menyelesaikan masalah itu.

Top Glove juga telah melantik pihak perunding untuk mengesahkan rancangan tindakan pembetulan yang dilaksanakannya bagi mengeluarkan kewujudan petunjuk buruh paksa daripada amalannya dan setakat Januari, perunding tersebut tidak menemui buruh paksa sistemik dalam Top Glove.

Pada penutupan dagangan Bursa Malaysia pada Isnin, saham Top Glove merosot 10 sen kepada RM5.05. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Belajar Daripada BERNAS, Top Glove Digesa Kongsi Keuntungan Dengan Penoreh

2

Semasa 4 tahun yang lalu

8 Kilang Top Glove Di Klang Diarah Tutup

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad