web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Desak Batal Pelantikan Tajuddin Dianggap Sebagai Persoal Titah Agong

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2022 2:08PM

Tajuddin Abdul Rahman - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gesaan supaya pelantikan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar ke Indonesia dibatalkan boleh dianggap sebagai mempersoalkan titah Yang di-Pertuan Agong.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, adalah tidak bijak untuk mempersoalkan pelantikan itu memandangkan ia telah dipersetujui Jemaah Menteri dan menerima perkenan Seri Paduka Baginda, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ismail Sabri Yaakob - Gambar dari Facebook
Ismail Sabri Yaakob - Gambar dari Facebook

“Beliau (Tajuddin) sepatutnya menerima watikan lantikan hari itu tetapi ditangguhkan kerana Agong berada dalam keadaan gering.

“Mendesak supaya pelantikan itu dibatalkan bermaksud mencabar kuasa Seri Paduka Baginda,” katanya kepada media selepas merasmikan persidangan tri- tahunan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Ke-42 di sini hari ini.

Bulan lalu, Tajuddin yang juga ketua kelab penyokong kerajaan dilaporkan mengesahkan telah menerima jemputan ke Istana Negara, bagi mengadiri majlis pelantikan rasmi sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia, dijadualkan pada jam 2 petang, 20 Jun lalu.

Bagaimanapun, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi kenyataan pada tarikh berkenaan berkata, upacara tersebut ditangguhkan kerana Seri Paduka Baginda berada dalam keadaan gering dan sedang dirawat di hospital.

Pelantikan ahli veteran UMNO itu menerima kecaman ramai selepas kegagalan beliau menangani nahas Transit Aliran Ringan (LRT) Mei tahun lalu.

Pada 21 Jun lalu, Tajuddin dipecat daripada kedudukannya sebagai ahli  Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO atas arahan presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau sekali lagi mencetuskan kontroversi selepas mengadakan satu sidang media minggu lalu, yang mendakwa terdapat gerakan dalaman untuk menyingkirkan Zahid sebagai ketua, dan berkongsi sekeping foto memaparkan beberapa pemimpin kanan sedang bermesyuarat bagi membincangkan pengunduran Zahid.

Beliau mendakwa, gerakan itu diketuai Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan, atau lebih dikenali sebagai Tok Mat, yang bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menganjurkan mesyuarat berkenaan pada Mei 2020.

Ketika ditanya apakah beliau bersedia untuk memainkan peranan sebagai orang tengah dalam krisis antara Tajuddin dan Zahid, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, tiada keperluan untuk beliau berbuat demikian kerana isu berkenaan telah ‘diselesaikan’.

“Hanya ada satu kem dalam UMNO,” tegasnya sambil menambah, ahli parti masih menanti kelulusan pindaan perlembagaan oleh Pendaftar Persatuan (RoS) yang akan membenarkan penangguhan pemilihan parti buat penggal 2021/2023.

“Kami masih menanti keputusan mereka. Tak salah saya, keputusan itu patut diterima sebelum 16 Julai,” katanya.

Pada 30 Ogos, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerima surat daripada Ketua Pengarah RoS, Jasri Karim bahawa penangguhan itu seperti yang diputuskan MKT adalah sah. - The Vibes, 2 Julai 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar