web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Indonesia Tak Mahu Lagi Hantar 'Amah' Ke Malaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2022 2:59PM

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono menegaskan, republik itu hanya meluluskan dokumen milik 10 rakyatnya bagi membolehkan mereka bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia - Gambar MTUC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Indonesia telah menarik diri dari menghantar rakyatnya untuk bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia, selepas menerima layanan buruk, termasuk kegagalan majikan membayar gaji.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono seperti dipetik The Star berkata, republik itu hanya meluluskan dokumen milik 10 rakyatnya bagi membolehkan mereka bekerja sebagai pembantu rumah di negara ini. 

Menurut beliau, Indonesia yang sebelum ini memberi tumpuan untuk membekalkan pembantu rumah ke Malaysia akan beralih arah ke Asia Barat,  namun belum mengetahui tarikh sebenar ia akan dilaksanakan. 

"Isu sering dihadapi oleh pembantu Indonesia di Malaysia adalah penganiayaan dan gaji yang tidak dibayar.

"Ketibaan kumpulan pertama pembantu rumah hanya pada pertengahan Julai dan ditangguhkan kerana mereka perlu menjalani latihan," katanya. 

Terdahulu, media tempatan melaporkan ketibaan pembantu rumah Indonesia telah ditangguhkan walaupun terdapat permintaan yang menggalakkan.

Bagaimanapun, kedua-dua negara telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi pengambilan dan perlindungan perkhidmat domestik Indonesia (PDI) di Malaysia pada 1 April lalu. 

Menerusi perjanjian tersebut, pekerja berhak mendapat cuti mingguan dan tahunan, hak untuk berkomunikasi dan boleh membuat aduan melalui sistem dalam talian. 

Pada masa sama, turut dipersetujui adalah majikan atau agensi tidak lagi boleh menahan pasport dan dibenarkan hanya seorang pembantu rumah bagi setiap isi rumah tidak lebih daripada enam orang. - Getaran, 1 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 10 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kadar Baharu Kenaikan Gaji Penjawat Awam Diumum Sebelum Pembentangan Belanjawan 2025 - Anwar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi