web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerjasama Dengan Gabungan Menang, DAP Sifatkan WARISAN Tidak Berprinsip

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2022 5:45PM

Anthony Loke Siew Fook - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - DAP menyifatkan kesediaan Parti Warisan (WARISAN) menjalin kerjasama dengan mana-mana gabungan politik yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) seperti dinyatakan kepimpinan parti itu, sebagai tidak berprinsip dan tidak masuk akal.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya dukacita dengan kenyataan Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal itu dan menegaskan bahawa gabungan sudah memenangi pilihan raya, tidak akan bekerjasama dengan parti kalah.

“Saya rasa ini satu pandangan yang mungkin nampak tidak berprinsip, itu pertama. Kedua, tidak masuk akal.

“Kalau gabungan itu sudah menang, takkanlah dia hendak bekerjasama dengan parti lain lagi? Kecuali dia tidak menang. Baru dia hendak kerjasama.

“Kalau dia sudah menang sendiri, takkan dia hendak kerjasama? Hendak bahagikan kerusi menteri untuk parti lain pula?,” soalnya pada satu program diadakan menerusi dalam talian semalam.

Beliau mengulas kenyataan Mohd Shafie baru-baru ini bahawa WARISAN sedia menjalin kerjasama dengan mana-mana gabungan politik yang memenangi PRU-15, bagi memastikan kestabilan politik dan menjaga kepentingan rakyat.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata, ia kerana pihak yang memenangi PRU-15 adalah parti pilihan rakyat, justeru WARISAN menghormati keputusan terbabit dengan menjalin kerjasama menguntungkan rakyat di peringkat Persekutuan dan negeri berkenaan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, persefahaman dibentuk itu mestilah sebuah kerjasama pintar dan tidak berat sebelah serta paling penting, meletakkan kepentingan rakyat mengatasi segalanya.

Dalam pada itu, Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban menambah, DAP dan Pakatan Harapan (PH) berusaha memaksimumkan kekuatan blok pembangkang.

Beliau turut mengakui ramai pihak berpandangan bahawa keadaan politik semasa kini, menjurus kepada pelbagai gabungan dan kemungkinan tiada satu yang dapat membentuk kerajaan secara bersendirian.

“Ia perlu ada satu bentuk kerjasama selepas pilihan raya. Saya tidak menolak kemungkinan itu.

“Cuma kita sebagai blok pembangkang, kita perlu perkuatkan (parti) kita. Kalau kita hendak membentuk kerjasama pasca pilihan raya, syarat paling besar adalah kita kena kuat dahulu,” katanya.

Beliau menarik perhatian, blok pembangkang perlu mempunyai kerusi banyak terlebih dahulu sebagai ‘modal’ untuk memulakan rundingan.

“Kalau kita sudah kalah, parti yang menang besar itu tidak akan berunding dengan kita lagi. Kalau kita sudah kalah, dia tiada apa-apa alasan untuk dia berunding dan bekerjasama.

“Kita tiada apa-apa yang boleh kita tuntut atau jadikan terma dan syarat lagi,” katanya.

Anthony berkata, adalah tidak berprinsip sekiranya terdapat hasrat untuk hanya menyokong gabungan menang.

Tegasnya, ia seolah-olah hanya untuk kepentingan kedudukan sahaja. - Getaran, 30 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 19 jam yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

2

Politik 20 jam yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

3

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

4

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 19 jam yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad