Berita Terkini

13 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Malaysia, Australia Boleh Bekerjasama Hadapi Cabaran - Penny Wong

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2022 2:44PM

Penny Wong - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Australia boleh bekerjasama untuk menangani cabaran bersama khasnya dalam dasar keselamatan makanan, kesihatan dan usaha pulih daripada pandemik COVID-19, kata Menteri Luar Australia, Penny Wong.

Wong yang baru-baru ini mengangkat sumpah jawatan menteri, kini dalam rangka kerja lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia, berkata agensi kawalselia farmaseutikal kedua-dua negara telah bekerjasama dalam hal vaksin COVID-19, dengan Australia berusaha memastikan vaksin itu sampai kepada mereka sukar dijangkau di Malaysia.

Wong yang merupakan anak kelahiran Sabah berkata, nilai perdagangan dua hala antara kedua-dua negara dalam sektor pertanian, perikanan dan perhutanan adalah lebih AUS$2 bilion (RM6 bilion) dan mempunyai potensi besar untuk dimajukan lagi.

“Kami membekalkan lebih 10 peratus produk tenusu Malaysia, lebih suku daripada jumlah daging import, dan 80 peratus bekalan gandum ke Malaysia.

“Ada banyak lagi yang boleh kita lakukan, dan saya lihat Australia dan Malaysia komited memulakan persediaan untuk menyemak kembali Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Australia,” kata beliau dalam ucapannya ketika majlis makan tengah hari dengan wakil kerajaan, ahli perniagaan dan pemimpin masyarakat di sini pada Rabu.

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi, ahli politik tempatan dan anggota kor diplomatik.

Penny berbual dengan Ras Adiba pada majlis makan tengah hari dengan wakil kerajaan, ahli perniagaan dan pemimpin masyarakat di Kuala Lumpur, hari ini. - Gambar oleh Nooreeza Hashim
Penny berbual dengan Ras Adiba pada majlis makan tengah hari dengan wakil kerajaan, ahli perniagaan dan pemimpin masyarakat di Kuala Lumpur, hari ini. - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Mengulas lanjut, Wong juga mencadangkan agar Malaysia dan Australia memodenkan hubungan perdagangan menerusi ekonomi digital dan menangani cabaran keselamatan siber.

Agensi perdagangan Australia, Austrade, sedang bekerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia untuk mempromosikan kerjasama dalam bidang penyelidikan, pembinaan kapasiti dan pertukaran teknologi, katanya.

“Di bawah Perkongsian Strategik Komprehensif, kami juga memperluaskan kerjasama dalam sektor keselamatan siber bagi menentang ancaman dan membuka peluang baharu,” tambahnya.

Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman bertemu Penny pada majlis makan tengah hari dengan wakil kerajaan, ahli perniagaan dan pemimpin masyarakat di sini, hari ini. - Gambar oleh Nooreeza Hashim
Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman bertemu Penny pada majlis makan tengah hari dengan wakil kerajaan, ahli perniagaan dan pemimpin masyarakat di sini, hari ini. - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Minggu depan, pegawai dari sektor keselamatan di Malaysia akan berkumpul di Putrajaya bagi mengikuti Kem Siber Digital - program pembinaan kapasiti siber utama Australia dengan rakan kongsi serantau bagi meningkatkan daya tahan siber di rantau Asia Tenggara dan Pasifik.

“Ini adalah Bootcamp pertama kami di Malaysia dan ia akan membantu Malaysia membina kapasiti penuh dalam hal ehwal siber, merangkumi topik seperti infrastruktur kritikal, tadbir urus siber dan penerapan undang-undang antarabangsa dalam siber,” katanya.

Sebelum tiba di Malaysia, Wong mengadakan kunjungan ke Vietnam.

Selepas pelantikannya sebagai menteri luar pada awal bulan ini, beliau ke Indonesia bersama Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese. - Bernama

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

ANAK: Individu Tanpa Kerakyatan Menjadi ‘Hantu’ Di Negara Sendiri

Semasa 1 hari yang lalu

Krim Zmy Ada Merkuri, Sila Hentikan Penggunaan Serta Merta - NPRA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

APM Selamatkan Kanak-kanak Terperangkap Dalam Kereta Di Bukit Bintang

Semasa 8 jam yang lalu

Simbah OKU Dengan Air Panas: Wanita Dipenjara 10 Tahun, Denda RM6,000