web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pulau Batu Puteh: MB Johor Mahu Tindakan Undang-Undang Ke Atas Pengkhianat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2022 3:36PM

Pulau Batu Puteh - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI - Tindakan undang-undang perlu diambil ke atas pengkhianatan yang telah menyebabkan negara kehilangan Pulau Batu Puteh, kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Beliau berkata kekhilafan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu yang menarik balik rayuan tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh bukan sahaja meninggalkan satu duluan atau 'precedent' yang buruk, tetapi turut mencatatkan satu detik hitam dalam sejarah negara yang berdaulat.

“Sebagai sebuah negara yang berdaulat, tiada ruang untuk pemimpinnya mengambil ringan atau alpa dalam mempertahankan kedaulatan negara, walaupun sekecil atau sekelumit saiz kawasan yang menjadi rebutan, setiap inci perlu kita jaga dan pertahankan. 

“Kerajaan PH pada masa itu telah khilaf dengan menarik balik rayuan tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh dan ia bukan sahaja telah meninggalkan satu precedent yang buruk kepada negeri dan negara, tetapi lebih daripada itu mencatatkan satu detik hitam dalam sejarah negara kita yang berdaulat. 

“Semoga tindakan undang-undang diambil ke atas pengkhianatan ini,” katanya ketika menggulung perbahasan titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini hari ini.

Onn Hafiz berkata meskipun ada pihak beranggapan Pulau Batu Puteh yang berkeluasan saiz sebesar padang bola iaitu 8,560 meter itu tidak memiliki kepentingan ekonomi yang signifikan, namun ia mempunyai kepentingan dari sudut kedudukan strategik maritim serta terletak begitu dekat dengan Johor, iaitu 14.3 kilometer dari Tanjung Penyusop, Johor berbanding 46 kilometer dari Changi, Singapura.

Pada16 Jun lepas, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar semasa merasmikan pembukaan Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri ke-15 turut menzahirkan kekecewaan dengan keputusan kerajaan Persekutuan kerana membatalkan rayuan tuntutan Pulau Batu Puteh pada tahun 2018. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 minit yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad