web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Berebut Lot Parkir, Ahli Perniagaan Dan Rakan Cedera Diserang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2022 1:10PM

Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Gara-gara berebut lot parkir, seorang ahli perniagaan dan rakannya cedera ‘diserang’ tiga sekeluarga dalam kejadian di Jalan 21/1A Damansara Utama, di sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.10 tengah hari itu, mangsa seorang lelaki berusia 26 tahun dikatakan meletakkan kenderaan di lot parkir berhadapan premis perniagaannya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, seorang lelaki tua menjerit memanggil mangsa sebaik pemuda itu meletakkan kenderaannya. 

Menurut beliau, berlaku pertengkaran antara mereka sebelum isteri lelaki terbabit turut masuk campur dengan memarahi dan membaling telur ke arah mangsa serta rakannya.

“Selepas itu, anak lelaki kepada kedua-dua pasangan berkenaan pula datang memarahi mangsa sambil memegang tukul besi dan mengugut untuk merosakkan kenderaan pemuda tersebut.

“Susulan ugutan, berlaku pergelutan antara mereka berlima dengan suspek ketika itu memegang alat pemadam api dan pisau pemotong sayur.

“Akibat pergelutan, mangsa dan rakannya mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan,” katanya hari ini.

Mohamad Fakhruddin berkata, bertindak atas maklumat, seorang suspek berusia 31 tahun iaitu anak kepada pasangan suami isteri terbabit berjaya ditahan di hadapan sebuah premis dekat Jalan SS21/1A Damansara Utama jam 4.30 petang, semalam.

“Polis turut merampas tukul besi, pisau pemotong sayur dan tong alat pemadam api yang dipercayai digunakan ketika kejadian.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324/506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan mendatangkan kecederaan. - Getaran, 26 Jun 2022


 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Pendidikan 22 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad