web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nama Persiaran Institut Kini Dikenali Persiaran Tun Arshad Ayub

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2022 9:07PM

Persiaran Institut di Seksyen 1, Shah Alam ditukar kepada Persiaran Tun Arshad Ayub bersempena nama Allahyarham Tun Arshad Ayub. - Gambar dari Facebook Selangor Royal Office

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persiaran Institut di Seksyen 1 yang menghubungkan Bulatan Bistari Seksyen 2 dengan persimpangan Persiaran Kayangan di Seksyen 7, Shah Alam kini dikenali sebagai Persiaran Tun Arshad Ayub.

Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah bertitah, nama jalan tersebut ditukar bersempena nama Allahyarham Arshad sebagai pengarah pertama Institut Teknologi Mara (ITM) sebelum dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Istana Alam Shah menerusi kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan, titah pertukaran itu sudah diluluskan dan dikuatkuasakan serta merta kerajaan Selangor menerusi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Penukaran nama persiaran itu merangkumi jalan sepanjang 1.62 kilometer (km) bermula dari Bulatan Bistari Seksyen 2 (di hadapan pintu masuk utama UiTM) hingga ke persimpangan lampu isyarat (berhampiran Universiti Selangor) Seksyen 7, Shah Alam.

“Ia juga bagi mengenang jasa Allahyarham Arshad sebagai tokoh pendidikan negara yang dihormati dan disegani, selain banyak berjasa dalam memperkasakan sistem pengajian tinggi di negara ini, khususnya pembangunan UiTM,” katanya.

Arshad, 93, yang juga Pro-Canselor UiTM menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.06 pagi, 14 Jun lalu ketika mendapatkan rawatan di Hospital KPJ Damansara.

Anak kelahiran Muar, Johor itu dianggap sebagai pencetus idea kepada perkembangan pendidikan di ITM, selain pernah bertugas sebagai Ketua Setiausaha kementerian.

Allahyarham turut berkecimpung dalam dunia perniagaan dan menjadi ahli lembaga pengarah beberapa syarikat awam serta badan berkanun.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin menyifatkan Arshad sebagai tokoh pelopor inovasi pendidikan dan pentadbiran yang sukar dicari ganti.

Baginda turut mengagumi usaha Allahyarham yang mempunyai visi dan pandangan jauh dalam merancang sesuatu perkara. - Getaran, 23 Jun 2022

Sorotan

1

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

2

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

3

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

4

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

5

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

6

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar