web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19: Gelombang Baharu Dijangka Berlaku Lebih Awal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2022 8:52PM

Khairy Jamaluddin (kanan) melawat wad proses endoskop selepas merasmikan makmal "Sleep Lab" dan Klinik Pakar Hospital Rembau, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

REMBAU - Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata gelombang baharu jangkitan COVID-19 di negara ini dijangka berlaku lebih awal daripada jangkaan dua hingga tiga bulan akan datang berdasarkan peningkatan kes harian.

Khairy bagaimanapun berkata negara bersedia menghadapi gelombang baharu COVID-19 dan menegaskan kenyataannya bukan untuk menakutkan rakyat tetapi lebih kepada langkah pencegahan supaya dapat mengawalnya ketika fasa peralihan ke endemik kini.

“Saya rasa mungkin gelombang itu lebih awal berdasarkan kepada ramalan yang kita sedang buat. Contohnya hari ini, kes sudah melebihi 2,700 kes, sebelum ini paras kita 1,000 hingga 2,000 kes tetapi sejak dua tiga hari ini, kes melebihi 2,000.

Selain itu kes meningkat dengan dua kluster baharu dan semua negeri menunjukkan peningkatan kes, kecuali di Selangor, Johor, Kedah, Terengganu dan Wilayah Persekutuan menunjukkan sedikit penurunan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan perkhidmatan Otorinolaringologi (ORL) dan ‘Makmal Tidur’ di Hospital Rembau di sini hari ini

Khairy sekali lagi menyarankan warga emas berusia 60 tahun ke atas agar mengambil dos penggalak vaksinasi COVID-19 sebagai persediaan menghadapi gelombang seterusnya.

Media sebelum ini melaporkan Khairy berkata gelombang baharu diramalkan akan berlaku dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang.

“Walaupun sudah masuk ke fasa peralihan, COVID-19 belum berakhir  masih ada dengan kita, ini kita perlu lalui. Sebab itu banyak langkah-langkah pencegahan kesihatan awam masih dikekalkan,” katanya.

Dalam pada itu Khairy berkata tiada jangkitan kes cacar monyet dilaporkan di negara ini setakat ini. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 9 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar