Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kenaikan Elaun 'Bos' FGV Tak Patut Di Kala Rakyat Terbeban

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2022 8:29PM

Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kenaikan elaun Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah FGV Holdings Berhad (FGV) disifatkan sebagai tidak munasabah dan tidak patut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman berkata, kenaikan tersebut di kala rakyat terhimpit dengan masalah kos kehidupan yang semakin meningkat, sememangnya tidak wajar.

Walaupun prestasi FGV kini semakin pulih dan mula mencatatkan keuntungan, beliau menegaskan, ia bukanlah penanda aras yang membenarkan kenaikan elaun pengerusi dan ahli lembaga pengarah.

“Mana moral kompas FELDA dan kerajaan dalam meluluskan kenaikan elaun Pengerusi FGV ketika peneroka serta rakyat menghadapi kenaikan kos sara hidup?,” soalnya menerusi kenyataan.

Young Syefura Othman
Young Syefura Othman

Bahkan kata Young Syefura yang lebih mesra dipanggil Rara, kenaikan tersebut menjadikan elaun diterima Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah FGV lebih tinggi daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lain.

Menurut beliau, elaun pengerusi bagi GLC besar, iaitu Tenaga Nasional adalah sebanyak RM30,000 sebulan, manakala Telekom Malaysia (RM30,000) dan Petronas Chemical Group (RM24,000).

“Macam mana FGV boleh naikkan elaun pengerusi mereka daripada RM25,000 sebulan kepada RM40,000 sebulan?

“Bagaimana kerajaan melalui FELDA yang memegang kepentingan saham terbesar FGV boleh membenarkan kenaikan seperti ini, tatkala rakyat kini termasuklah peneroka berhadapan dengan masalah kos kehidupan tinggi,” katanya.

Malah tambah Rara, peneroka terpaksa menanggung kos lain, seperti racun dan baja serta penyelenggaraan yang kian meningkat.

Beliau berkata, Mesyuarat Agung FGV pada petang ini sepatutnya berkisar mengenai kebajikan peneroka sebagai pemegang taruh terbesar FGV.

Ujarnya, golongan peneroka seharusnya menerima faedah tinggi hasil keuntungan dicatatkan FGV, bukan ahli lembaga pengarah ataupun pengerusi.

“FGV sepatutnya perlu peka dengan keadaan semasa dan bukan sibuk memenuhkan kantung poket pengerusi dan ahli lembaga pengarahnya apabila syarikat mula membuat keuntungan.

“Banyak lagi faedah dan perkara boleh diberikan kepada peneroka untuk meningkatkan kesejahteraan hidup mereka menggunakan wang kenaikan elaun itu,” katanya.

Terdahulu Getaran melaporkan, Ahli Lembaga Pengarah FGV dianggap mengkhianati peneroka FELDA apabila didakwa mementingkan meluluskan usul bayaran elaun dalam Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-14, hari ini.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mendakwa, terdapat sembilan agenda dibincangkan dalam mesyuarat bermula jam 11 pagi ini.

Bagaimanapun, katanya agenda kedua sehingga keenam difokuskan hanya kepada meluluskan usul untuk membayar elaun kepada Ahli Lembaga Pengarah FGV.

“Elaun dibayar kepada Ahli Lembaga Pengarah FGV amatlah tinggi dan sangat lumayan. Jumlah elaun tahunan dibayar kepada ahli lembaga pengarah itu kelihatan ‘lucah’ jika dibandingkan dengan kehidupan sukar peneroka FELDA,” katanya.

Mengulas lanjut, Hassan berkata, agenda ketujuh dan kelapan dalam mesyuarat terbabit juga adalah untuk melantik semula enam ahli lembaga pengarah yang sepatutnya sudah bersara, namun nama mereka diusulkan semula.

“Mereka ini akan terus menikmati elaun lumayan daripada FGV,” katanya. - Getaran, 23 Jun 2022

Sorotan

1

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

7

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Nenek Meninggal Dunia Ditimpa Pokok Kekabu

oleh Rafisqi Radhi

Politik 6 jam yang lalu

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

Semasa 4 jam yang lalu

Tiada Kasino Akan Dibuka, Bakal Beroperasi Di Johor - MB

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

oleh Wartawan Getaran