web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MEASAT-3d Dilancar di French Guiana Pada 5.50 Pagi Waktu Malaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2022 7:52AM

Ismail Sabri Yaakob menyaksikan siaran lintas langsung pelancaran MEASAT-3d dari Kourou Space Centre, French Guiana di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC-KL), hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satelit MEASAT-3d berjaya dilancarkan di French Guiana, Amerika Selatan pada 6.50 petang waktu tempatan 22 Jun (5.50 pagi waktu Malaysia, 23 Jun).

Satelit telekomunikasi milik MEASAT itu dilancarkan menerusi roket pelancar Ariane-5 di Pusat Angkasa Lepas Guiana yang terletak kira-kira 17,000 kilometer dari Malaysia.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohammad Mentek mengetuai delegasi Malaysia ke tapak pelancaran roket itu.

Beliau turut disertai Duta Besar Malaysia di Perancis, Datuk Mohd Zamruni Khalid, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Yakub Khan, wakil Kementerian Pertahanan, Laksamana Muda Datuk Shamsuddin Ludin dan Ketua Pegawai Operasi MEASAT, Yau Chyong Lim.

Pelancaran itu disaksikan secara langsung Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa;  Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba serta beberapa menteri Kabinet lain di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Turut hadir Pengerusi Astro Malaysia Holdings Bhd Tunku Ali Redhaudin Tuanku Mukhriz dan Pengarah Measat Global Shaharul Rezza Hassan.                                                  

Satelit yang dianggar melibatkan kos RM1.2 bilion dengan jangka hayat 18 tahun itu dijangka mampu merapatkan jurang ketersambungan digital dan membentuk masa depan ketersambungan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia, selaras inisiatif kerajaan melalui pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Satelit MEASAT-3d berukuran 31 meter (m) x 9m x 5m seberat 5,600 kilogram itu dilancarkan bertujuan untuk meningkatkan perkhidmatan perhubungan kepada Malaysia dan negara-negara serantau serta beberapa perkhidmatan baharu melalui satelit berkenaan dijangka dapat ditawarkan seawal Ogos 2022.

Satelit itu merupakan jenis Geostationary Equatorial Orbit atau GEO mempunyai tapak liputan yang luas dan berkemampuan untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar yang pantas dan menyokong aliran tinggi data dikenali sebagai High Throughput Satellite (HTS).

HTS adalah antara perkhidmatan penting dalam penyediaan perkhidmatan jalur lebar tinggi terutamanya di kawasan pedalaman. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan