web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Premis Judi Tular Disyaki Jalankan Judi Dalam Talian, Diserbu Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2022 8:20PM

Abd Khalid Othman - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUBANG JAYA – Sebuah premis yang disyaki menjalankan perjudian dalam talian diserbu polis, susulan tular sebuah video di media sosial memaparkan mengenai aktiviti tidak bermoral itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, pihaknya mengesan sebuah video berdurasi sembilan saat dan dua keping gambar berkenaan aktiviti perjudian dalam talian didakwa berlaku di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur di Facebook, malam semalam.

Katanya, turut dinyatakan alamat sebuah premis di Seksyen 7, Putra Heights di sini yang dikatakan menjalankan aktiviti sama.

“Susulan video tular berkenaan, sepasukan polis Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya membuat pemantauan khas di alamat berkenaan.

“Hasil pemantauan selama beberapa jam tidak mendapati sebarang pergerakan keluar masuk ke dalam premis. Seterusnya, serbuan dijalankan dan polis merampas sebanyak lapan komputer dipercayai digunakan untuk aktiviti perjudian dalam talian,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis turut menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Sementara itu, Abd Khalid berkata, berdasarkan rekod bagi tempoh Januari 2021 sehingga Mei tahun ini, sebanyak 191 serbuan dijalankan dengan 458 orang ditahan, manakala 924 mesin judi pelbagai jenis dan wang tunai berjumlah RM31,486 dirampas.

Tambahnya, polis memandang serius dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terbabit aktiviti perjudian serta menasihatkan orang ramai supaya tidak terkait kegiatan itu.

“Pihak kami turut mengalu-alukan masyarakat untuk bersama-sama membanteras aktiviti itu dengan menyalurkan maklumat menerusi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-70627100 dan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” ujarnya. – Getaran, 22 Jun 2022.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam