Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Penyelia Asrama Hadapi 26 Pertuduhan Tuntutan Palsu, Rasuah Lebih RM636,000

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2022 4:32PM

Hazalilah Ahmad (kanan) mengaku tidak bersalah atas 26 tuduhan membuat tuntutan palsu dengan nilai keseluruhan RM636,000 di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang penyelia asrama sebuah sekolah sukan di Bandar Penawar, Kota Tinggi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 26 pertuduhan membuat tuntutan palsu, selain menerima dan diberikan suapan membabitkan jumlah keseluruhan lebih RM636,000.

Tertuduh, Hazalilah Ahmad, 41, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Mengikut 22 kertas pertuduhan, ibu kepada empat anak itu didakwa membuat tuntutan palsu, iaitu dokumen berkaitan bekalan makanan bermasak Islam ke sekolah sukan berkenaan dengan jumlah bekalan yang tidak sepatutnya dituntut adalah sebanyak RM504,752.00.

Jumlah wang itu diperoleh untuk dirinya sendiri dengan cara memalsukan dokumen seperti Nota Minta, Borang Pesanan Asrama, Invois Syarikat Kontraktor dan Pesanan Sekolah bagi tujuan menipu.

Bagi perbuatan dilakukan tertuduh sepanjang 2016 hingga 2017 itu, pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Manakala, bagi dua pertuduhan, wanita itu didakwa menerima wang berjumlah RM69,743.04 melalui akaun bank milik suaminya yang mana perbuatan itu adalah berkaitan dengan tugas rasminya sebagai penyelia asrama.

Ia dilakukan dengan dia memperakui kerja dilaksanakan dengan memuaskan bagi pembekalan makanan bermasak Islam kepada pelajar asrama sekolah berkenaan.

Bagi perbuatan dilakukan antara Oktober 2015 hingga Januari 2016 itu, dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua -dua sekali, jika sabit kesalahan.

Mengenai dua pertuduhan terakhir pula, tertuduh didakwa diberikan wang suapan berjumlah RM61,600 melalui akaun bank milik suaminya bagi membantu menguruskan dokumen tuntutan pembekalan makanan bermasak Islam kepada pelajar asrama itu.

Tertuduh gagal melaporkan kejadian pemberian penyogokan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan perbuatan terbabit dilakukan antara April 2019 hingga Januari 2020.

Dia didakwa mengikut Seksyen 25 Akta SPRM 2009 dengan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dihadapinya berserta syarat tambahan, iaitu pasport antarabangsa tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa SPRM, Nik Lokman Hakim Nik Mohd Nor, manakala tertuduh diwakili peguam Noor Nabila Shamsudin.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula bagi serahan dokumen pada 22 Ogos nanti. - Getaran, 22 Jun 2022

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hafizul Hawari Hadapi 7 Pertuduhan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 18 jam yang lalu

Tembakan Di KLIA: Hafizul Hawari Tak Mengaku Salah Cuba Bunuh Isteri

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Helikopter : Laporan Awal, Penuh Diserah Dalam Tempoh 14, 30 Hari Bekerja 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 17 jam yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

oleh Wartawan Getaran