Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Musang King Kekal Juara Variasi Raja Buah, Paling Digemari

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2022 9:00AM

Meskipun terdapat banyak variasi baharu durian namun Musang King masih kekal sebagai 'raja' durian serta mendapat permintaan tinggi bagi pasaran dalam dan luar negara. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Durian Raja Kunyit atau lebih dikenali sebagai Musang King tetap menjadi pilihan utama dalam kalangan pe­minat tegar buah itu, walaupun muncul pelbagai variasi baharu, seperti J Sparrow (D216) dan Jerai (D217), selain ‘Tuhan Kasi’ yang dikatakan wujud sejak 100 tahun lalu.

Pengusaha dan pemilik ladang durian, Eric Lee Tze Peng berkata, Musang King masih kekal sebagai ‘raja’ durian apabila masih gagal ‘dicabar’ mana-mana variasi buah itu yang baharu mahupun lama.

Malah, katanya, Musang King masih mendapat permintaan tinggi dari segi kuantiti dalam pasaran tempatan dan luar negara.

Beliau berkata, Musang King (D197) yang didaftarkan di Jabatan Pertanian pada tahun 1993 masih berada pada kedudukan teratas bagi buah jenis premium atau ‘kayangan’.

Eric Lee Tze Peng
Eric Lee Tze Peng

“Saya yakin Musang King masih juara melainkan diserang penyakit atau pokok J Sparrow dan Jerai dah dikomersialkan dengan lebih meluas, selain sekiranya kedua-dua variasi baharu ini konsisten mendapat permintaan tinggi, baru ia boleh jejaskan Musang King mahupun variasi lama, seperti Duri Hitam, D24, IOI. Pasaran tempatan buah durian baharu belum besar.

“Seperti Musang King, pasarannya sudah besar sehingga meluas dan terkenal di seluruh dunia. Saya yakin sementara ini, variasi durian baharu tidak mampu lawan Musang King, mungkin boleh, namun 10 tahun atau 20 tahun akan datang kerana pasaran sudah luas ketika itu,” katanya kepada Getaran.

Musang King diusaha dan dipasarkan Tze Peng masih menerima sambutan menggalakkan dan ‘gagal’ dicabar mana-mana variasi Raja Buah itu.
Musang King diusaha dan dipasarkan Tze Peng masih menerima sambutan menggalakkan dan ‘gagal’ dicabar mana-mana variasi Raja Buah itu.

Tze Peng berkata, beliau meyakini peminat Jack Sparrow, Jerai atau Tuhan Kasi yang menjadi sebutan ketika ini sudah pasti akan kembali meminati Musang King.

Beliau berpendapat, ia kerana rasa asli buah durian sebenar yang dimiliki Musang King atau varian lama adalah berlemak, bertekstur halus, sedikit pahit dan isi tebal.

“Saya rasa ia punya rasa klon macam Musang King, Duri Hitam dan D24 masih ramai peminat sebab rasa dia kekal solid berbanding variasi baharu. Tidak benar Musang King harga jatuh, kalau murah ia bukan Gred A, durian ini mahal sebab nak perolehnya sangat susah, kalau cuaca tak cantik, memang sukar dapat kualiti paling bagus.

“Ia juga mahal disebabkan kos penjagaannya sangat tinggi, berbanding Durian Kampung atau Durian Kahwin (klon) yang lain kerana kos dia lebih murah,” katanya.

Mohammad Suhir Ihsan
Mohammad Suhir Ihsan

Seorang pengusaha dan pemilik dusun durian, Mohammad Suhir Ihsan turut senada bahawa pelbagai variasi durian baharu tidak akan menjejaskan durian klon sedia ada, seperti Musang King.

Menurut beliau, sukar untuk variasi durian klon baharu menyaingi raja buah lama disebabkan masih tidak ‘otai’ dan tidak terkenal seperti Musang King atau D24.

“Klon baharu ini baru muncul dalam pertandingan (pasaran). Ia akan dibuat plot percubaan untuk dilaksanakan ujian rintangan penyakit, potensi hasil dan kualiti buah. 

“Klon baharu memakan masa selama lebih 10 tahun untuk dibangunkan. Setakat ini dah 217 klon durian didaftarkan, termasuk yang terakhir J Sparrow dan Jerai. Bukan senang sesuatu klon diperkenalkan di seluruh dunia. 

“Sedangkan Musang King dan Duri Hitam sudah ditanam puluhan ribu ekar untuk memenuhi penggemar seluruh dunia. Harga Musang King tak jatuh, kalau RM30 itu mungkin gred B atau penjual tidak mempunyai rangkaian pemasaran,” katanya. 

Mohammad Suhir berkata, kewujudan variasi durian baharu adalah persaingan sihat bagi mencari kualiti raja buah lebih baik yang mampu dinikmati rakyat, selain dapat dikomersialkan semakin meluas di seluruh dunia.

“Rasanya J Sparrow dan Jerai tak dapat menyaingi variasi lama kerana kalau dilihat pengusaha yang jual durian Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mendapat keuntungan tinggi sehingga boleh mencecah sehingga RM30,000. Ini bukti klon baharu tak jejaskan klon lama, bahkan menaikkan harganya,” katanya.

Sementara itu, seorang peniaga, Rahmat Tarmizi berkata, persaingan dan penurunan harga berlaku ekoran permintaan tinggi terhadap raja buah, terutama Musang King.

“Saya jual berdasarkan harga harian, setakat ini ia menyaksikan trend penurunan harga dan buah yang ada juga dijamin, kalau tak elok boleh tukar. Sambutan diterima amat menggalakkan, khususnya Musang King dan Durian Kampung.

“Sebenarnya buah cepat ha­bis, saya juga sering menerima tempahan daripada orang ramai yang mahu merasa keenakan durian Pahang. Tidak rugi pun saya menjual dengan harga murah kerana saya mahu semua orang mampu merasa buah durian ini. Jadi, tidak benar variasi durian baharu menjejaskan pengusaha durian variasi lama seperti saya,” katanya. - Getaran, 22 Jun 2022.

Sorotan

1

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

2

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

3

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

4

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

5

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

6

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kumpulan JI Terap Ideologi Secara Mendalam, Sukar ‘Cuci Bersih’ Fahaman

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Pemancing Lemas Di Empangan Tasik Pedu Ditemukan

Sukan 1 hari yang lalu

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

Semasa 1 hari yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI