web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Bunuh CEO Cradle Fund: Samirah, 2 Remaja Lelaki Dilepas, Dibebaskan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2022 11:06AM

Samirah Muzaffar tiba di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi keputusan kes pembunuhan CEO Cradle Fund di Mahkamah Shah Alam, hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini, melepas dan membebaskan Samirah Muzaffar dan dua remaja lelaki atas pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan.

Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman berkata, keputusan itu dibuat selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Samirah yang juga balu Nazrin dan kedua-dua remaja terbabit.

Beliau memerintahkan suspek dilepaskan tanpa dipanggil untuk pembelaan diri terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 302 dan 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori itu.

“Selepas mendengar keterangan saksi yang ditawarkan pihak pembelaan, pendakwaan dan pihak berkuasa berkaitan, mahkamah mendapati pihak pendakwa gagal membuktikan ketiga-tiga tertuduh berada di tempat kejadian semasa waktu kematian dicadangkan,” katanya.

Sementara itu, abang Nazrin, Dr Abdul Aziz Hassan berkata, beliau secara peribadi akan membuat permohonan inkues untuk meneliti punca kematian Nazrin jika pihak pendakwaan memutuskan untuk tidak memfailkan rayuan.

“Banyak soalan masih belum terjawab. Kami tetap bersyukur walaupun keputusan mahkamah tidak menyebelahi keluarga kami.

“Demi keadilan, kami berharap pihak pendakwaan akan merayu terhadap penghakiman itu,” katanya ketika ditemui media di luar bilik mahkamah.

Manakala, kakak mangsa, Che Elainee Che Hassan menzahirkan perasaan sama dengan mengatakan keluarganya bukan mahu menghukum atau ‘menghantar’ sesiapa ke tali gantung, tetapi mereka hanya inginkan kebenaran.

Bercakap kepada media selepas penghakiman itu, peguam pasukan pembelaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, rayuan hanya boleh dibuat oleh pendakwa raya atau Peguam Negara dan bukan ahli keluarga mangsa.

“Keluarga mangsa pasti mahu membuat rayuan tetapi orang paling adil adalah Peguam Negara.

“Sekiranya terdapat rayuan daripada pihak pendakwa raya, itu adalah peluang untuk kami membuktikan butiran kes kami dan kami berpeluang menang,” katanya sambil menambah bahawa jika rayuan dikemukakan, peguam bela bersedia untuk membuktikan pendirian mereka sekali lagi.

Pada 22 April lalu, Ab Karim menetapkan 30 Mei untuk keputusannya selepas mendengar hujah kedua-dua pihak pada akhir kes pendakwaan, sebelum tarikh tersebut ditunda ke hari ini.

Pasukan pendakwaan kes itu dianggotai Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah; Tengku Intan Suraya Tengku Ismail dan Nur Sabrina Abu Bakar, manakala pasukan pembelaan terdiri daripada peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah serta Rahmat Hazlan.

Pada 14 Februari lalu, pihak pendakwaan menutup perbicaraan kes yang bermula 6 September 2019 selepas memanggil 57 saksi.

Mereka termasuk abang dan kakak Nazrin, iaitu Dr Abdul Aziz, Dr Malek Reedzwan serta Che Elainee; Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, Edwin Galan Anak Teruki; Pegawai Forensik Patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Siew Sheue Feng dan pengawal keselamatan kediaman Nazrin, Raju Kumar Pandit.

Pada 12 Mac 2019, Samirah Muzaffar, 47 dan dua remaja itu yang kini berusia 19 dan 16 tahun, serta seorang wanita warga Indonesia masih bebas, Eka Wahyu Lestari didakwa membunuh Nazrin di rumahnya di Mutiara Damansara, antara 11.30 malam pada 13 Jun 2018 dan 4 pagi keesokan harinya. - Getaran, 21 Jun 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar