web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Angkara Hantaran Facebook, Lelaki Terima 12 Jahitan Di Kepala

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2022 7:59AM

Gambar hiasan dari AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hanya kerana perselisihan faham mengenai hantaran di Facebook, seorang lelaki dipukul rakannya di restoran di Bandar Mahkota Cheras, Selangor, baru-baru ini sehingga menerima 12 jahitan di kepala.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd Nasir Drahman berkata, mangsa yang berusia 48 tahun membuat aduan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang kira-kira jam 12.40 tengah malam kelmarin berhubung kejadian.

Katanya, hasil siasatan polis mendapati kejadian berlaku pada 17 Jun lalu sekitar jam 8 malam, semasa pengadu berada di restoran bersama empat lelaki dengan dua daripadanya dikenali mangsa.

“Pengadu dan suspek berjumpa atas persetujuan untuk menyelesaikan masalah peribadi mengenai perselisihan faham isu memuat naik gambar bapa pengadu yang sudah meninggal dunia serta mengaibkan pengadu di Facebook.

“Bagaimanapun, semasa perbincangan suspek naik marah dan memaki hamun pengadu, seterusnya terus memukul pengadu bersama seorang lagi kawannya menggunakan batang besi paip dan kerusi plastik, sehingga menyebabkan pengadu mengalami kecederaan di kepala, manakala individu lain cuba meleraikan pergaduhan tersebut.

“Pengadu mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Bandar Mahkota Cheras dan menerima 12 jahitan di kepala akibat kecederaan,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Mohd Nasir berkata, suspek sudah dikenal pasti dan sedang diburu pihak polis bagi membantu siasatan.

Tegasnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 10 tahun dan denda atau sebat atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini, katanya, boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Ahmad Faizal di talian 019-7691924 bagi membantu siasatan. – Getaran, 20 Jun 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 2 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad