web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Kekurangan Bekalan Lembu Untuk Aidiladha Selesai Sebelum Julai

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2022 6:24PM

Bagi mengatasi kekurangan bekalan lembu hidup untuk ibadah korban, tempoh kuarantin kemasukan lembu import dipendekkan kepada 14 hari. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Isu kekurangan bekalan lembu hidup bagi ibadah korban dijangka selesai menjelang awal Julai ini, termasuk tempoh kuarantin kemasukan lembu import yang dipendekkan kepada 14 hari.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar (DVS), Datuk Dr Norlizan Mohd Noor berkata pihaknya telahpun mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pihak berkuasa Thailand, untuk selesaikan beberapa perkara teknikal dan protokol, bagi membolehkan lembu dari Thailand masuk ke Malaysia dengan segera.

“Semalam pun kita sudah menghantar satu surat terkini kepada pihak Thailand, untuk meminta kerjasama mereka agar membenarkan pengeluaran sijil kesihatan veterinar bagi melepaskan lembu-lembu yang telah ada dalam stesen kuarantin di Thailand.

“Insya-Allah dalam tempoh yang terdekat, sebelum raya korban ini kita akan dapat selesaikan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke ladang ternakan ayam Leong Hup di Taboh Naning di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Badrul Hisham Mohd. 

Jelasnya Malaysia memerlukan memerlukan 42,000 lembu hidup bagi tujuan ibadah korban, namun setakat ini bekalan lembu hidup tempatan hanya mampu membekalkan dalam lingkungan 38,000 ekor sahaja.

“Kita masih bergantung harap untuk kemasukan segera lembu hidup dari luar khususnya daripada Thailand memandangkan saiz lembu yang dimport dari negara itu lebih sesuai bagi ibadah korban, seperti mana lembu yang ada di Malaysia,” jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban juga tidak perlu bimbang dengan tempoh masa kuarantin, sekiranya lembu-lembu hidup dari Thailand itu dibenarkan memasuki Malaysia.

“Insya-Allah sempat sebab kita sudah tengok semula syarat protokol import kita dan perbincangan dengan pemain industri minggu lepas, telah memaklumkan tempoh kuarantin di Malaysia sudah disingkatkan dan kembali kepada asal iaitu dari 30 hari kepada 14 hari. 

“Jadi Insya-Allah tempoh itu akan cukup untuk lembu keluar (kuarantin) sebelum Aidiladha,” katanya.

Menyentuh mengenai rumah sembelihan yang akan digunakan sepanjang Aidiladha, Dr Norlizan menjelaskan jumlahnya masih belum ditentukan, namun sudah terdapat permintaan daripada pelbagai pihak untuk menggunakan perkhidmatan di rumah sembelihan.

“Bukan saja semasa PKP tetapi dalam keadaan sekarang pun kita masih harap dan galakan penyembelihan dilaksanakan di rumah sembelih yang ditetapkan, sama ada kerajaan atau swasta.

“Untuk tahun ini kita jangkakan seperti tahun lepas juga, yang mana banyak rumah-rumah sembelihan sudah mula menerima tempahan bukan saja dari pihak berseorangan, tetapi juga berkumpulan yang hendak melakukan ibadah korban,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran