web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia, India Setuju Iktiraf Bersama Sijil Vaksinasi COVID-19

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2022 12:22PM

Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW DELHI - Malaysia dan India bersetuju mengenai pengiktirafan bersama sijil vaksinasi COVID-19 kedua-dua negara.

Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan rakan sejawatannya di India Subrahmanyam Jaishankar menyaksikan pertukaran dokumen itu antara Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India Datuk Hidayat Abdul Hamid dan Saurabh Kumar, Setiausaha Timur di Kementerian Hal Ehwal Luar India (MEA), di New Delhi pada Jumaat.

Kedua-dua menteri juga bersetuju mengadakan mesyuarat Suruhanjaya Bersama India-Malaysia di Malaysia, menurut kenyataan MEA.

Pertemuan dua hala antara Saifuddin dan Jaishankar diadakan di luar sesi Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN-India.

"Kedua-dua menteri memutuskan untuk memberi momentum baharu dalam hubungan melibatkan ekonomi dan perdagangan termasuk membabitkan sektor minyak kelapa sawit dan hidrokarbon," tambah kenyataan itu.

Perkembangan serantau dan global turut disentuh ketika sesi perbincangan itu.

Jaishankar menerusi ciapan di Twitter berkata, beliau mengadakan perbincangan dengan Saifuddin untuk memperkukuh kerjasama politik, ekonomi, pertahanan, tenaga, konsular, budaya dan hubungan rakyat dengan rakyat. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad