web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengambilan Tanah Pembangunan Semula Sungai Baru Perlu Diteruskan - PKB

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2022 8:04PM

PKB memaklumkan berdasarkan APT 1960, tiada sebarang syarat berkaitan peratusan persetujuan pemilik tanah ditetapkan sebelum sebarang pengambilan balik tanah dilaksanakan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengambilan tanah bagi projek pembangunan semula Sungai Baru, Kampung Baru, di sini, perlu diteruskan kerana ia telah memenuhi syarat perundangan di bawah Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960 walaupun segelintir pemilik tidak bersetuju.

Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) dalam kenyataan hari ini memaklumkan sekiranya kerajaan enggan meneruskan proses pengambilan tanah berdasarkan akta tersebut, kerajaan perlu bersedia untuk menanggung semua kos kerugian pemaju dan pemilik yang bersetuju.

Menurut kenyataan itu, kerugian berkenaan meliputi RM50 juta bayaran deposit pengambilan tanah kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG); RM30 juta kos penyediaan rumah transit dan rumah sewa kepada penduduk yang bersetuju sehingga rumah ganti siap dibina; kos pemindahan semula penduduk yang bersetuju pulang ke rumah asal serta kos pembaikan rumah yang telah ditinggalkan selama enam tahun.

PKB berkata berdasarkan APT 1960, tiada sebarang syarat berkaitan peratusan persetujuan pemilik tanah ditetapkan sebelum sebarang pengambilan balik tanah dilaksanakan. 

"Namun, dalam program pembangunan semula di Kampung Baru, pihak kementerian telah menetapkan bahawa pembangunan semula hanya boleh dipertimbangkan sekiranya pemaju berjaya memperolehi sekurang-kurangnya nilai ambang (treshold) 50 peratus persetujuan pemilik hartanah bagi menjaga kepentingan dan kesejahteraan warga terlibat," menurut kenyataan itu.

Menurut PKB, pengambilan tanah bagi projek pembangunan semula Sungai Baru telah diwartakan di bawah Seksyen 8 APT 1960 pada 21 Jun 2021 membabitkan 37 lot teres, 72 unit flat dan satu lot pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Sehingga hari ini, sejumlah 291 lot dan unit flat (27 lot teres dan 264 unit flat) yang mewakili 88.72 peratus telahpun bersetuju dengan projek pembangunan semula ini.

"Dalam masa yang sama, pemaju juga terus berusaha untuk berjumpa dan mengadakan sesi libat urus bersama pemilik 37 lot rumah teres yang tidak bersetuju, namun tidak mendapat kerjasama," katanya.

Sebelum ini, bekas Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abd Samad dilaporkan telah menubuhkan jawatankuasa terdiri daripada barisan peguam bagi mencabar pewartaan pengambilalihan tanah penduduk Kampung Sungai Baru Kampung Baru, di sini.

Zulfakar Wahid - Gambar fail
Zulfakar Wahid - Gambar fail

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Kebajikan Pemilik Hartanah Kampung Sungai Baru, Zulfakar Wahid memohon sesi pendengaran kedua pengambilan tanah yang ditangguhkan sejak Disember tahun lepas diteruskan agar penantian lebih lima tahun untuk kembali tinggal di kampung warisan itu segera berakhir. 

Zulfakar berkata tidak adil untuk 'melayan' suara minoriti yang hanya mewakili 11 peratus dan menyebabkan pihaknya menunggu lebih lama untuk berpindah ke rumah baharu sedangkan persetujuan majoriti hampir 89 peratus telah dicapai. 

"Kami yang bersetuju ni dah duduk di rumah transit (di Residensi Kerinchi) lebih lima tahun, jadi kami rasa tak patut sebab 37 unit tak bersetuju, 291 unit terpaksa menunggu, kenapa nak layan 37 unit ni?,” katanya. 

Dalam pada itu, Pengarah Ritzy Gloss Sdn Bhd yang merupakan pemaju projek berkenaan Abdul Hadi Ahmad menafikan dakwaan tawaran nilai pampasan tidak setimpal dan tidak memberi pemilik ruang untuk berunding. 

"Tiada isu nak menganiaya pemilik malah sebenarnya jika tanah diambil menerusi pengambilan tanah hanya dapat lima peratus (nilai pampasan) sahaja, tetapi pemaju bermurah hati menawarkan tawaran yang sama seperti yang mereka setuju," katanya dan menegaskan semua prosedur telah mengikut aspek perundangan. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 7 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad