web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bilangan Pit Bull Makin Bertambah, Kelompongan Undang-Undang Memang Wujud

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2022 8:55PM

Baka American Pit Bull Terrier mudah membiak dan ini mendorong pertambahan bilangan haiwan berkenaan. - Gambar hiasan Wikipedia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Anjing terlarang jenis American Pit Bull Terrier dari Amerika Syarikat (AS) dipercayai sudah tidak lagi diseludup masuk ke negara ini untuk pasaran tempatan, tetapi malangnya jumlah haiwan tersebut kian meningkat kerana dibiak oleh rakyat tempatan.

Fitrah anjing baka itu yang mudah membiak antara faktor utama yang mendorong pertambahan bilangan haiwan ganas berkenaan.

Presiden Persatuan Haiwan Malaysia (PHM), Arie Dwi Andika berkata, pihaknya percaya jumlah American Pit Bull Terrier kini sudah melebihi 2,000 di seluruh negara.

Menurutnya, walaupun bancian secara terperinci tidak dilakukan namun berdasarkan pemerhatian, jumlah anjing jenis itu semakin meningkat dan mendapat sambutan.

“Seekor anjing betina hanya memerlukan sekitar 60 hari untuk melahirkan empat hingga lima ekor anak pada satu-satu masa dan ia boleh kembali mengawan sekitar tiga ke empat bulan kemudian.

“Jadi, kami percaya jika dulu anjing tersebut perlu diseludup dari negara pembekal, kini tidak perlu lagi kerana ada pihak yang membiakkan haiwan berkenaan dan menjualnya secara tidak sah,” katanya kepada Getaran.

Menurut beliau, anjing jenis American Pit Bull Terrier adalah sejenis haiwan bernaluri ganas dan mudah ‘lupa diri’ sekali gus berbahaya, bukan saja kepada kanak-kanak malah untuk golongan dewasa.

“Disebabkan sifat anjing tersebut yang sedemikian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) melarang kemasukan haiwan tersebut ke dalam negara,” katanya.

Selain American Pit Bull Terrier, antara senarai anjing yang dilarang menurut JPV ialah Akita dari Jepun, American Bulldog (AS), Canary Dog (Kepulauan Canary), Dogo Argentino (Argentina) dan Fila Brasileiro (Brazil).

Selain itu, Kai Dog (Jepun), Owtcharka (Jerman), Perro de Pastor Mallorquin (Kepulauan Balearic), Russo – European Laika (Russia-Finland), Tibetan Mastiff (Tibet) dan Tosa Inu (Jepun).

Kesemua baka anjing tersebut dikategorikan sebagai haiwan terlarang kerana dikhuatiri akan menyebabkan kecederaan kepada orang awam walaupun dipelihara dengan baik berdasarkan faktor keturunan dan genetik.

Mengulas lanjut, Arie turut mendedahkan bahawa anjing terlarang yang dibawa masuk dari luar negara banyak dibela di rumah seperti kondominium sehingga ia sukar dikesan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) selaku penguat kuasa Undang-Undang Kecil Anjing, Akta Kerajaan Tempatan.

Tegas beliau, kawasan seumpama itu amat tidak sesuai untuk dijadikan tempat memelihara haiwan berkenaan kerana ia memiliki sifat agresif dan menyerang.

“Tidak dinafikan, kebanyakan penghuni kondominium membela anjing baka terlarang dalam rumah sehingga sukar untuk dikesan. Ada juga bela dalam kawasan ladang sebab anjing itu bersifat menyerang,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat kelompongan dalam undang-undang berhubung isu pemeliharaan anjing terlarang di dalam negara sehinggakan hukuman dikenakan tidak mendatangkan rasa gerun kepada pemilik haiwan berkenaan.

“Sebenarnya, tiada udang-undang khusus untuk dikenakan kepada pemilik anjing terlarang ini, cuma ada larangan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) untuk membawanya masuk ke negara.

“Bagaimanapun, jika haiwan itu sudah pun berada di dalam negara, tiada undang-undang yang jelas boleh dikenakan kepada pemilik dan anjing tersebut melainkan PBT hanya boleh mengenakan kompaun jika mereka dikesan memiliki anjing tanpa permit,” katanya.

Justeru, beliau berkata, satu akta khusus seperti Akta Kebajikan Haiwan perlu digubal supaya masyarakat patuh kepada undang-undang ditetapkan.

“Adalah lebih baik untuk kita mencegah daripada mengubati. Jika ada kejadian tidak diingini menimpa kanak-kanak atau orang dewasa akibat serangan anjing ini sudah tidak berguna,” katanya. - Getaran, 14 Jun 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad