Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tubuh Tribunal Khas, Kaji Hukuman Mati Mandatori Banduan Sebelum RUU Dipinda

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2022 4:08PM

Wan Junaidi Tuanku Jaafar semasa sidang media khas berkenaan pemansuhan hukuman mati mandatori di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan sedang menimbangkan cadangan penubuhan satu tribunal khas bagi mengkaji dan meneliti kes setiap banduan yang dijatuhkan hukuman mati mandatori oleh mahkamah, sebelum pindaan pemansuhan hukuman berkenaan dilaksanakan Oktober depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Jaafar berkata, panel khas tersebut akan dilantik dari kalangan hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan memandangkan isu tersebut perlu penelitian lanjut, kerana ia menyentuh aspek perlembagaan.

“Mereka akan mengkaji dengan teliti kalau orang telah dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah. Kita kena ingat balik hukuman mati belum dimansuhkan dan tertakluk pada undang-undang (yang) belum dipinda.

“Mungkin daripada hukuman mati, hakim boleh fikirkan tertuduh boleh dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

“Pejabat Peguam Negara (AGC) dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) akan mengkaji secara mendalam tribunal dicadangkan pihak jawatankuasa, (dan melihat) apakah implikasi terhadap perlembagaan.

“Mereka perlu tahu kes-kes ini sudah sampai di peringkat mahkamah mana yang memudahkan tribunal membuat kajian,” katanya pada sidang media di Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang, hari ini.

Pada masa sama, Wan Junaidi menegaskan, antara yang turut dipertimbangkan kerajaan ialah konsep ‘diyyat’ yang memberi pampasan kepada keluarga terkesan dengan tindakan penjenayah, sebagai satu hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori.

“Bagaimanapun, terdapat pandangan bahawa konsep pembayaran pampasan (diyyat) hanya mampu dilunaskan oleh golongan yang berada sahaja dan tidak akan membantu semua golongan masyarakat. Justeru, ia merupakan diskriminasi antara golongan kaya dan miskin.

“Aspek pemakaian ‘diyyat’ kepada penjenayah bukan Islam juga turut dibincangkan dan dilihat sebagai cabaran terhadap pelaksanaan cadangan ini secara umumnya. Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang mengkaji dan meneliti perkara ini untuk pertimbangan,” katanya.

Mengulas implikasi pemansuhan hukuman mati mandatori terhadap kesalahan di bawah Seksyen 39B Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234), Wan Junaidi berkata, peraturan tersebut tidak lagi memperuntukkan kesalahan dengan hukuman mati mandatori dan telah digantikan dengan hukuman mengikut kuasa budi bicara mahkamah.

Menurut beliau, kerajaan pada 2017 telah berjaya meminda Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) 2017 (Akta A1558) yang memberikan mahkamah kuasa untuk menjatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 15 kali bagi kesalahan pengedaran dadah, tertakluk pada pembuktian dalam empat keadaan seperti diperuntukkan dalam subseksyen 39B (2A).

“Kerajaan juga bersetuju agar penelitian dan kajian lanjut dilaksanakan berkaitan cadangan hukuman gantian terhadap kesemua 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori, satu kesalahan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dan 22 kesalahan membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara mahkamah.

“Ini bagi memastikan pindaan akta-akta berkaitan mengambil kira prinsip proportionality dan keperlembagaan,” katanya.

Jelas Wan Junaidi, pihaknya turut menimbangkan syor Jawatankuasa khas berkaitan hala tuju Sistem Keadilan Jenayah iaitu mewujudkan prosedur pra penghukum, menubuhkan Majlis Penghukuman, membangunkan Garis Panduan Penghukum, Pembaharuan Undang-Undang serta institusi kepenjaraan serta pelaksanaan hukuman.

“Perancangan susulan akan dilaksanakan dengan kerjasama AGC, BHEUU, Jabatan Perdana Menteri, serta pelbagai kementerian berkepentingan untuk memastikan tindakan segera dibuat bagi meneliti serta mengkaji kebolehlaksanaan syor hala tuju penambahbaikan Sistem Keadilan Jenayah di Malaysia,” katanya. - 13 Jun 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Bunuh Pencari Besi, Peniaga Warung Terlepas Hukuman Mati

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Mahkamah Rayuan Kekalkan Hukuman Mati 6 Lelaki Bunuh Kevin Morais

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Bunuh Tunang: Hukuman Mati Banduan Akhir Diganti Dengan Penjara, Sebatan

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Buruh Bunuh Teman Wanita Terlepas Tali Gantung, Dipenjara 35 Tahun

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Semasa 20 jam yang lalu

Misi Pelayaran Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Satu Cabaran Besar - Mohamad

Semasa 1 hari yang lalu

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly