web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Macau Scam Masih Mengganas, Taktik Menyamar Pegawai LHDN Jadi Pilihan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2022 9:02PM

Taktik menyamar sebagai pegawai LHDN dan polis merupakan modus operandi yang paling kerap digunakan oleh Macau Scam untuk menipu mangsanya. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Macau Scam bukanlah satu penipuan baharu di negara ini kerana taktik tersebut sudah ‘memberi’ pulangan berjuta-juta ringgit kepada sindiket berkenaan, terutamanya yang melibatkan penyamaran sebagai pihak berkuasa.

Ketika ini, taktik menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah modus operandi paling kerap digunakan  untuk memperdaya mangsa.

Jurucakap Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di Facebook berkata, anggota sindiket yang menyamar sebagai pegawai LHDN akan menghubungi mangsa secara rawak dengan memperkenalkan diri sebagai pegawai agensi terbabit.

Seterusnya, sindiket akan memberitahu bahawa mangsa mempunyai tunggakan cukai syarikat yang didaftarkan atas namanya sebelum diminta membuat laporan polis di balai tertentu melalui panggilan telefon.

“Suspek yang menyamar sebagai polis akan beritahu mangsa ada terlibat dalam kes jenayah dan kemudian meminta untuk memberi kerjasama terhadap siasatan dengan menyerahkan butiran perbankan.

“Mangsa tidak menyedari wang dari akaun bank telah dipindah keluar oleh suspek melalui perbankan dalam talian berdasarkan maklumat diberi oleh mangsa,” katanya.

Melihat semudah itu mangsa diperdaya, timbul persoalan bagaimana dan mengapa ia masih berlaku sedangkan kempen dan laporan berita berhubung isu tersebut sudah kerap dilaporkan media.

Dr Nazirah Hassan
Dr Nazirah Hassan

Menjawab persoalan itu, Pakar Kriminologi Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Nazirah Hassan berkata, sesetengah sindiket Macau Scam memanipulasi perasaan takut mangsa dengan ‘mengancam’ mereka untuk ditangkap atau dipenjara jika tidak menyelesaikan hutang tertunggak.

Menurutnya, situasi tersebut membuatkan mangsa membuat keputusan segera tanpa berfikir panjang.

“Kajian tingkah laku membuktikan bahawa seseorang individu cenderung membuat keputusan yang salah apabila didesak dan diugut untuk membuat keputusan secara segera. 

“Selain itu, kajian juga menunjukkan mangsa scam menunjukkan ciri ‘gullibility’ amat ketara iaitu keadaan psikologi seseorang yang mudah diperdaya.

''Individu ini bergantung kepada keputusan, pengaruh atau desakan luar dan tidak mampu membuat keputusan secara logik dan rational,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi di sini hari ini.

Nazirah berkata, tindakan memberikan respon terhadap mesej, emel atau panggilan telefon juga sudah membuka peluang kepada sindiket untuk memperdayakan mangsa.

“Segelintir individu memberikan respon seperti membalas mesej, emel atau menjawab panggilan telefon dan tindakan tersebut sudah membuatkan individu berkenaan berisiko 50-50 untuk menjadi mangsa.

“Seseorang itu seharusnya tidak memberikan sebarang respon terhadap mesej atau emel atau panggilan telefon yang mencurigakan supaya menutup sebarang peluang untuk diperdaya sindiket,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, secara umumnya, mangsa mudah terdorong dengan pulangan atau ganjaran besar dijanjikan, sehingga terjerat dalam sindiket berbentuk skim pelaburan.

“Mereka memiliki dorongan kuat untuk mendapat ganjaran atau pulangan yang besar kerana sesetangah scammer menggunakan kaedah ‘visceral triggers’ seperti menjanjikan ganjaran wang yang lumayan dan berganda untuk memperdayakan mangsa.

“Atas faktor ini, segelintir individu tidak sempat untuk menimbangtara keadaan tersebut kerana perasaan ‘takut terlepas peluang’,” jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap JSJK Bukit Aman menggariskan tiga panduan untuk dipatuhi oleh masyarakat bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa sindiket Macau Scam.

“Jangan layan panggilan telefon dari nombor yang tidak dikenali dan semak terlebih dahulu dengan pihak berkaitan seperti LHDN, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau polis berhubung sebarang dakwaan dibuat sindiket.

“Selain itu, yang paling penting adalah jangan sesekali mendedahkan maklumat perbankan anda kepada mana-mana pihak,” tegasnya. - Getaran, 12 Jun 2022


 

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar