web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pasar Datuk Keramat Terbakar Lagi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2022 9:05AM

Bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran di Pasar Datuk Keramat pada 1.30 pagi tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasar Datuk Keramat (pasar lama), di Jalan Keramat Dalam, di sini, terbakar sekali lagi awal pagi tadi selepas insiden sama pada Mac tahun lepas.

Ketua Komander Operasi, Mohd Fahmi Abdul Rahim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 1.30 pagi tadi sebelum 47 anggota dari Balai Bomba Polis (BBP) Keramat, BBP Hang Tuah, BBP Wangsa Maju, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Setapak bersama lima jentera ‘Fire Rescue Tender (FRT)’  dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi kejadian kira-kira 1.40 pagi, api sedang marak dan kebakaran melibatkan lot kedai dengan anggaran kemusnahan 50 peratus disebabkan bahan binaan terdiri daripada kayu. 

“Kebakaran turut melibatkan sebahagian rumah berhampiran yang dianggar mengalami kemusnahan 10 peratus,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Mohd Fahmi berkata api berjaya dikawal kira-kira 2.11 pagi dan tiada mangsa terlibat dalam insiden itu manakala punca kebakaran masih disiasat. 

Sementara itu, seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Rahman, 40, berkata kebakaran tersebut menyebabkan beberapa letupan kecil.

Menurutnya pasar yang terbakar itu menjual pakaian terpakai. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar