web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pasukan Khas Akan Proses Permohonan Pasport Dalam Talian Di Lembah Klang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2022 4:04PM

Penubuhan pasukan khas untuk memproses dan meluluskan permohonan pasport secara dalam talian di Lembah Klang adalah untuk mengatasi masalah kesesakan di pejabat Imigresen. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pasukan khas yang terdiri daripada pegawai imigresen akan diwujudkan bagi memproses dan meluluskan permohonan pasport secara dalam talian di Lembah Klang.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata langkah itu antara penambahbaikan yang dilaksanakan bagi mengatasi masalah kesesakan ekoran peningkatan mendadak permohonan dan memperbaharui Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA).

Khairul Dzaimee Daud - Gambar fail
Khairul Dzaimee Daud - Gambar fail

Beliau berkata pasukan itu akan ditempatkan di pejabat imigresen sekitar Lembah Klang minggu hadapan dan langkah mewujudkan pasukan seumpama itu susulan pelaksanaannya di Johor Bahru, Johor, baru-baru ini menampakkan keberkesanan untuk mempercepatkan proses, sekali gus mengurangkan kesesakan di pejabat dan kaunter imigresen.

 "Nampaknya ia berjaya dan formula itu (di Johor Bahru) akan digunakan untuk Lembah Klang," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Khairul Dzaimee berkata Jabatan Imigresen ketika ini sedang mengumpulkan pegawai dari beberapa negeri untuk menganggotai pasukan itu bagi penempatan di Lembah Klang. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar