Berita Terkini

50 minit yang lalu: Hampir 1 dalam 4 di seluruh dunia berisiko dilandar banjir teruk: kajian 51 minit yang lalu: Ecuador isytihar darurat baharu ketika penunjuk perasaan tuntut rundingan 51 minit yang lalu: Wartawan dibunuh di Mexico, ke-12 tahun ini 52 minit yang lalu: 'Tiada kemajuan' dalam rundingan nuklear Iran: Jabatan Negara AS 52 minit yang lalu: Russia di sebalik pengeboman 'jenayah perang' teater Mariupol: Amnesty

IKUTI KAMI


Pencemaran Bau, 3 LRA Di Selangor Berisiko Henti Tugas

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2022 8:20AM

LUAS akan mempergiatkan operasi pemantauan 24 jam di lembangan sungai utama untuk memastikan insiden pencemaran tidak menjejaskan operasi LRA. - Gambar dari Facebook LUAS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memaklumkan terdapat insiden pencemaran bau seakan diesel sehingga tiga ton dikesan di Stesen Pemantau Sungai Seksyen 3, Bangi, semalam yang berisiko menyebabkan tiga loji rawatan air (LRA) dihentikan operasi.

Susulan itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Hee Loy Sian dalam kenyataan berkata Ops Sumber Air Negeri Selangor yang dikendalikan oleh LUAS bersama agensi berkaitan seperti Suruhanjaya Air Negara (SPAN) dan Air Selangor telah mengaktifkan siasatan ke beberapa lokasi bagi mengenal pasti punca pencemaran tersebut.

"LUAS sudah mengaktifkan Kod Kuning berdasarkan Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air bagi siasatan secara menyeluruh ke kawasan terbabit di hulu muka sauk yang berisiko menyebabkan henti tugas LRA Semenyih 2, LRA Bukit Tampoi dan LRA Labohan Dagang.

"Anggaran jarak lokasi pencemaran ke tiga muka sauk LRA Semenyih 2 adalah 6.63 kilometer (km); LRA Bukit Tampoi (18 km) dan LRA Labohan Dagang (31.9 km)," katanya.

Beliau berkata LUAS telah menjalankan siasatan di beberapa lokasi di Sungai Balak dan ujian pensampelan bau mencatatkan bau sehingga dua ton, manakala di Sungai Sekamat dan di kawasan hulu Sungai Hulu, tiada sebarang penemuan berkaitan pencemaran bau dikesan.

Katanya sehingga 5 petang semalam, tiada lagi kesan bau seakan minyak di sekitar Sungai Balak. 

"Dalam pada itu, LUAS juga menjalankan pemantauan statik dan pensampelan di sekitar Jambatan Kampung Teras Jernang dan pensampelan ujian bau dijalankan setiap 30 minit,” katanya.

Hee berkata bacaan yang diperoleh adalah sekitar dua ton dan sehingga 9 malam tadi tiada sebarang pencemaran dikesan di kawasan muka sauk LRA.

Beliau berkata LUAS dan Air Selangor masih lagi menjalankan siasatan terhadap punca pencemaran bau itu dan kekerapan pensampelan bau LUAS di Sungai Langat juga dipertingkatkan daripada satu jam kepada 30 minit bagi memantau rapi status semasa air sungai. 

Selain itu katanya, LUAS akan mempergiatkan operasi pemantauan 24 jam di lembangan sungai utama untuk memastikan insiden pencemaran tidak menjejaskan operasi LRA dan bekalan air kepada pengguna. - Bernama

Sorotan

1

Warga Emas Hadapi 17 Pertuduhan Rogol Ke Atas 2 Beradik

2

Lufya Berdepan Detik Cemas Dipukul Lelaki Yang Cuba Menculik Anaknya

3

Pelajar IPTA Ditemui Mati Di Kolej Kediaman

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bayaran Tambahan BKM Terus 'Diperdebatkan', Kerajaan Digesa Rancang Bantuan Jangka Panjang

oleh Rubini Nagarajah

Singapura 1 hari yang lalu

Singapura: Bayi Maut Akibat COVID-19, Kematian Pertama Bawah Umur 12 Tahun

Politik 12 jam yang lalu

Tajuddin Wajar Berehat, Tidak Sesuai Jadi Duta – Pemuda UMNO

oleh Sofian Baharom

Semasa 30 minit yang lalu

Subsidi Ayam Standard Diteruskan, Penternak Beri Reaksi Berbeza

oleh Fitri Nizam