web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Remaja Terlibat Dadah, Masyarakat Boleh Dianggap Gagal Main Peranan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2022 9:00AM

Punca penglibatan remaja bawah umur dengan dadah tidak lagi perlu dibincangkan kerana ia bukan sesuatu yang baharu. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Apabila terdapat seorang remaja bawah umur disahkan positif dadah, masyarakat secara keseluruhannya boleh disifatkan gagal dalam memainkan peranan untuk membendung isu ini daripada terus berlanjutan.

Penganalisis Jenayah, Kamal Affendi Hashim berkata, punca penglibatan remaja bawah umur dengan dadah tidak lagi perlu dibincangkan kerana ia bukan sesuatu yang baharu.

Kamal Affendi Hashim
Kamal Affendi Hashim

Menurut beliau, pelbagai faktor dilihat sebagai punca, antaranya hasutan kawan dan naluri ingin mencuba adalah sesuatu yang sudah kerap dibincangkan.

“Apa yang perlu dibimbangkan adalah bagaimana seseorang remaja yang baru berusia 13 tahun boleh terdedah dan terlibat dengan isu dadah.

“Itu yang perlu diberi penekanan dan harus ada penyelesaian pada kadar segera.

“Walaupun mungkin pada hakikatnya jumlah mereka tidaklah begitu besar, namun ia masih dianggap cukup kritikal kerana masa depan negara terletak di tangan mereka,” katanya kepada Getaran.

Kamal berkata, sebarang permasalahan sosial atau jenayah membabitkan remaja bawah umur amat sensitif untuk diperkatakan kerana tertakluk di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 yang agak baharu, bukan saja dalam kalangan masyarakat malah kepada pihak berkuasa.

“Bagaimanapun, jalan penyelesaian harus dicetuskan bagi mengekang isu ini daripada terus berlanjutan tanpa kesudahan.

“Dalam hal ini saya sememangnya berpegang kepada pendirian bahawa semua pihak berwajib seperti pihak sekolah, ibu bapa, pihak berkuasa dan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) perlu duduk semeja untuk mencari penyelesaian,” katanya.

Sementara itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid berkata, ibu bapa merupakan sistem sokongan dan intervensi terawal paling utama untuk anak-anak.

 “Ibu bapa perlu menjadi bukan sahaja penjaga serta pengawal, malah mereka juga perlu berperanan sebagai kawan kepada anak-anak untuk mengetahui segala aktiviti dan tindak tanduk di luar rumah,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan menuding jari kepada mana-mana pihak kerana akur dengan hakikat bahawa masing-masing mempunyai peranan yang begitu kritikal dalam menangani masalah tersebut.

Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid
Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid

Jelas Mohd Izzat, masyarakat setempat juga merupakan elemen penting yang bertindak secara langsung terhadap usaha intervensi dan pembangunan nilai serta karakter individu.

“Ahli masyarakat perlu memainkan peranan secara aktif dan serius terhadap usaha membendung serta membanteras gejala negatif dalam kalangan mereka.

“Antara tindakan yang boleh diambil adalah dengan sentiasa menjadi sistem sokongan positif kepada ahli komuniti terdekat, selain menjadi mata dan telinga pihak berkuasa untuk melaporkan isu-isu yang boleh mendatangkan natijah negatif,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, remaja bawah umur perlu sentiasa disibukkan dengan kegiatan aktiviti yang boleh menambah nilai dan berfaedah agar masa senggang mereka tidak terisi dengan perkara negatif.

“Dalam usaha membendung dan memerangi gejala ketagihan dadah ini, kempen kesedaran bahaya dadah perlu terus dan sentiasa dipergiatkan selain kerjasama bersepadu antara Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), masyarakat setempat dan NGO berkaitan belia,” katanya.

Sementara itu, aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye berpendapat, institusi pendidikan terutamanya sekolah tidak boleh terus menafikan penglibatan warga mereka dalam isu tersebut.

Sebaliknya, beliau berkata, keterbukaan adalah langkah yang tepat sebelum memulakan proses mencari jalan penyelesaian dengan membabitkan semua pihak.

“Sindrom penafian yang kerap diambil itu hanya mengundang masalah lebih besar iaitu kegagalan mencari penyelesaian holistik bagi membendung isu sama daripada terus berlanjutan,” katanya.

Lee Lam Thye
Lee Lam Thye

Menurut Lam Thye, pembabitan remaja dengan penagihan dadah bukanlah perkara baharu namun ia tetap amat membimbangkan walaupun jumlahnya masih dianggap kecil.

“Kempen kesedaran perlu dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa supaya golongan tersebut tidak leka dan sentiasa ingat bahawa najis dadah hanya akan memusnahkan masa depan.

“Selain itu, pihak berkuasa juga harus menyiasat isu ini hingga ke akar umbi, untuk mengenal pasti bagaimana najis dadah tersebut boleh sampai kepada tangan remaja kerana kita takut sekiranya ada sindiket yang menyasarkan golongan terbabit sebagai pelanggan,” katanya. - Getaran, 9 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan 4 Remaja Lelaki Rogol Kanak-Kanak 11 tahun

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran