Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pengambilan Pekerja Asing: Wujud Ribuan Agensi Haram Di Malaysia?

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2022 12:01PM

Sekiranya kemasukan buruh asing dilewatkan terutama dalam sektor perladangan khususnya sawit, maka sektor berkenaan akan terjejas teruk disebabkan buah tidak dapat dituai tepat pada masanya. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan kerajaan hanya membenarkan 25 Ejen Pengambilan Bangladesh (BRA) dan 250 sub-ejen terbabit dalam pengambilan pekerja baharu ke negara ini, didakwa bakal memperluaskan lagi kuasa 'kartel' yang menguasai industri merekrut buruh asing, sekiranya kegiatan mereka tidak dihentikan.

Sumber industri mendedahkan, akibat tindakan kerajaan terdahulu melantik 10 BRA sekitar tahun 2014, ia mewujudkan ejen haram yang dikawal kartel tersebut, sehingga menyekat dan menjejaskan ‘periuk nasi’ agensi pekerjaan tempatan.

Lebih membimbangkan, beliau berkata, pekerja yang diambil kartel sering menjadi mangsa pemerdagangan manusia dan tidak mendapat perlindungan sebaiknya seperti dijanjikan.

“Kita sangat risau disebabkan ia bukannya perkara baharu kerana sekiranya ‘hak’ diberikan kepada ejen Bangladesh, maka pengrekrutan buruh asing akan dimonopoli pihak itu walaupun agensi pekerjaan anak tempatan mempunyai lesen membawa pekerja luar ke Malaysia, sekali gus mewujudkan sindiket pemerdagangan manusia.

“Apa yang pasti dan realiti, agensi haram ini masih aktif beroperasi di Malaysia. Bukan puluh, tetapi ribuan masih aktif yang bertindak membantu orang kita untuk mencari pekerja asing dengan cara lebih mudah dan agak sedikit murah,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi hari ini.

Lantaran itu, sumber terbabit mempersoalkan mengapa Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan ‘kuasa’ kepada hanya 25 agensi terbabit untuk menghantar pekerja bagi keperluan buruh asing di negara ini, bukannya memberi hak sama terhadap syarikat tempatan.  

“Bagaimana hanya sesetengah sahaja ejen mengawal industri Malaysia dalam membekal pekerja asing di mana negara sedang kekurangan dua juta tenaga buruh luar. Bagaimana mereka nak bekalkan kepada kita dengan jumlah yang sebegitu banyak. Ini bukti mereka sangat berkuasa,” katanya.

Beliau turut yakin bahawa wakil agensi buruh tempatan dan Bangladesh membantah sepenuhnya rancangan Putrajaya untuk membenarkan hanya 25 agensi dan 250 sub-ejen membawa pekerja asing ke Malaysia.

“Sub-ejen ini akan buat duit ‘kaw kaw’ (melampau) dengan mencekik wang daripada pekerja yang diambil. Dianggarkan mereka perlu membayar sehingga RM19,000 hingga RM20,000 sekiranya mahu bekerja di Malaysia. Ada yang sanggup kerana jika bekerja di negara kita, hasilnya lumayan.

“Namun, mereka (sub-ejen) tidak akan melindungi pekerja, menolak untuk bertanggungjawab dan lari sekiranya dikenakan apa-apa tindakan. Sebab itu, kalau dengan agensi anak tempatan, mereka ini, khususnya yang miskin akan dipastikan dilindungi tanpa mengira dari negara mana,” katanya.

Terdahulu, Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta (PAPSMA) tidak menolak dakwaan kemungkinan wujud ‘kartel’ dalam urusan pengambilan 200,000 pekerja dari Bangladesh ke Malaysia.

Presidennya, Datuk Megat Fairouz Junaidi Megat Junid berkata, pihaknya kecewa kerana sama sekali tidak pernah dipanggil oleh KSM bagi mengadakan perbincangan, selain memberikan maklum balas dan pendapat mengenai urusan membawa pekerja asing ke Malaysia.

Jelasnya, PAPSMA kurang faham mengapa hanya Bangladesh yang memerlukan agensi khas bagi tujuan kemasukan pekerja, jika dibandingkan negara sumber lain, walaupun Bangladesh jatuh dalam kategori negara sumber sejak beberapa tahun lalu.

Sementara itu, sumber menegaskan, sehingga kini, tiada tarikh tepat untuk kemasukan pertama pekerja asing yang dipercayai mengambil masa lebih lama, berikutan perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP), seperti melalui tempoh kuarantin.

Bagaimanapun, sekiranya masih dilewatkan, sumber bimbang sektor perladangan, khususnya sawit akan terjejas teruk disebabkan buah tidak dapat dituai tepat pada masa dan bekalan tanaman kontan itu terpaksa dibazirkan begitu sahaja.

“Dengan harga minyak sawit mentah melonjak begitu tinggi baru-baru ini, negara perlu memanfaatkan sektor ini secara serius memandangkan Malaysia mempunyai reputasi membekalkan minyak sawit mentah terbaik di dunia.

“Kita menyeru kerajaan mengeluarkan arahan dan dasar jelas dengan garis masa yang tepat dalam proses pengambilan pekerja asing ini untuk menyokong industri secepat mungkin,” katanya. - Getaran, 8 Jun 2022.

Sorotan

1

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

2

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

3

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

4

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

5

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

6

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Dasar Pengambilan Pelajar UiTM Kekal

oleh Wartawan The Vibes

Semasa 1 hari yang lalu

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

oleh Wartawan The Vibes

Semasa 21 jam yang lalu

Pelancongan Pulau Pinang Lebih Hebat Berbanding Langkawi?

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 1 hari yang lalu

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan