web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hamid Bador Jual Sayur Gambar Lama

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2022 5:54PM

Abdul Hamid Bador - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Foto tular membabitkan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang dikatakan menjual sayuran di pasar tani adalah foto lama di sebuah pasar di Melaka.

Memetik laporan akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily, Hamid mengesahkan bahawa foto tersebut diambil oleh pengunjung di pasar berkenaan ketika beliau mengunjungi rakannya.

Menurutnya, beliau tidak pernah membuka gerai menjual sayuran seperti didakwa pengguna Twitter, Mohamad Yusof Yahya.

Dalam satu foto yang tular di Twitter sejak malam kelmarin, Hamid sambil memegang sebuah buku nota dan pen dilihat duduk di belakang gerai sayurannya.

Mohamad Yusof yang memuat naik foto tersebut turut memberikan penghormatan kepada Hamid kerana tidak malu menjual hasil sayuran di kaki lima pasar tersebut.

“Bekas IGP (Ketua Polis Negara) niaga hasil kebun sayur di kaki lima pasar awam. Ada berani yang lain. Tak segan pun beliau, salute to u,” ciapnya.

Hamid yang berasal dari Rembau, Negeri Sembilan dalam temu bual bersama Sinar Harian pada 17 Mac tahun lalu berkata, beliau tidak sabar untuk bersara dan menumpukan perhatian kepada hobinya sebagai pekebun.

Selepas bersara pada tahun 2016, Hamid tidak bertangguh untuk memulakan kehidupan sebagai seorang pekebun dan menjual hasilnya sebagai sumber pendapatan, namun kemudian dilantik pula sebagai Ketua Polis Negara pada 4 Mei 2019. - The Vibes, 7 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Abdul Hamid Tamat Zaman Duda, Nikahi Pegawai Polis

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Tamat Tugas KPN, Hamid Bador Kejar Impian Bergelar Pekebun

3

Semasa 5 tahun yang lalu

Tuduhan Polis Kejam Tidak Adil - Ketua Polis Negara

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad