web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih Sejuta Pelancong Tiba Di Malaysia Sejak 1 April

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2022 7:15PM

Lebih sejuta pelancong telah memasuki Malaysia sejak sempadan negara dibuka pada 1 April lalu dengan sebahagian besar pelancong adalah dari Singapura. - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Lebih sejuta pelancong tiba di negara ini, iaitu melebihi separuh daripada sasaran dua juta pelancong antarabangsa yang ditetapkan kerajaan pada tahun ini, sejak pembukaan semula sempadan pada 1 April lepas.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata sebahagian besar daripada jumlah itu adalah dari Singapura dan dijangkakan lebih ramai lagi pelancong terutamanya dari Jepun, Iran dan Korea akan datang ke Malaysia.

“Pada dua bulan lepas kita telah menerima kira-kira 600,000 pelancong dari Singapura dan saya rasa kini telah melebihi satu juta, untuk negara itu sahaja.

“Bagi pelancong negara lain, kita belum dapat memberi jumlah yang tepat kerana masih menunggu maklum balas pihak yang berkenaan, tetapi memadai untuk dikatakan kita telah mencapai lebih separuh daripada apa yang disasarkan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Livery Pesawat Firefly Airlines dan Kempen #Gojalanlah di sini, hari ini.

Menurutnya prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang ‘mesra pelancong’ juga diyakini mampu menjadi daya tarikan bagi kedatangan lebih ramai pengunjung luar negara ke Malaysia.

“Orang seronok dengan SOP kita yang tidak mewajibkan kuarantin, ujian pengesanan COVID-19 dan insurans, sebaliknya terpulang kepada pelancong untuk berbuat demikian,” katanya. 

Bagaimanapun, menurutnya industri pelancongan negara masih berhadapan dengan masalah kekurangan pekerja impak daripada wabak COVID-19, termasuk terdapat pekerja hotel takut untuk kembali bekerja kerana ketidaktentuan industri itu yang mungkin ditutup semula.

Dalam pada itu, Nancy berkata pihaknya masih belum menerima pengesahan mana-mana hotel yang terpaksa ditutup kesan daripada COVID-19, namun beliau dimaklumkan sesetengah hotel ditutup sementara untuk kerja pengubahsuaian dan ada yang diguna semula untuk tujuan lain.

Mengenai #Gojalanlah, beliau berkata kempen itu adalah kerjasama pintar Firefly bersama Tourism Malaysia, bagi menyokong usaha kerajaan menyemarakkan lagi promosi pelancongan domestik.

Kempen tersebut menawarkan pembelian tiket penerbangan berserta hotel penginapan pada harga diskaun sehingga 35 peratus, dengan tempahan boleh dibuat di www.fireflyz.com.my hingga 30 Jun ini bagi tempoh perjalanan sehingga 31 Disember. - Bernama

Sorotan

1

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

2

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

3

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

4

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

5

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

6

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad