Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Chin Tong Hipokrit Sedangkan Kerajaan PH 'Anti Pengangkutan Awam' - Ka Siong

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2022 1:11PM

Wee Ka Siong - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong disifatkan hipokrit apabila mengatakan terdapat keperluan membangunkan pengangkutan awam bagi menyelesaikan kesesakan lalu lintas, walaupun kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika pemerintahannya membatalkan beberapa projek berkaitan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, ketika PH menjadi kerajaan pada tahun 2018, kepimpinannya mengabaikan atau membatalkan beberapa projek mega pengangkutan awam, seperti Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR), Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor-Woodlands dan projek rel Landasan Berkembar Elektrik.

Malah, katanya, PH mengecilkan Transit Aliran Ringan (LRT) 3 dengan membatalkan lima stesen dan kerja membina terowong serta mengurangkan gerabak kereta api.

Beliau berkata, tindakan itu akhirnya menyebabkan projek berkenaan tertangguh sehingga ke tahun 2024.

Tegasnya, pengoperasian Transit Aliran Massa (MRT) 2 juga ditangguhkan sehingga 16 Jun selepas PH mengabaikan projek infrarakyat tersebut.

“Jadi, kenapa PH tidak selesaikan masalah kesesakan lalu lintas ini apabila berkuasa pada tahun 2018? Sebaliknya menangguh dan menghentikan beberapa projek infrastruktur pengangkutan awam?

“Sebagai kerajaan ‘anti-pengangkutan awam’, PH sudah membatalkan banyak projek pengangkutan awam yang boleh menyelesaikan kesesakan lalu lintas.

“Tetapi sekarang apabila menjadi pembangkang, Liew Chin Tong dilihat bersikap hipokrit atau penuh kepura-puraan dengan bertanya bagaimana untuk menyelesaikan kesesakan lalu lintas,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Liew Chin Tong
Liew Chin Tong

Ka Siong berkata, apa dicoretnya itu tidak bermaksud mengatakan Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas, malah sedang berusaha mengatasinya.

Jelasnya, JPJ turut mengeluarkan kenyataan baru-baru ini berhubung Peraturan Larangan Waktu Terhad bagi kenderaan barangan membabitkan kenderaan berat yang memasuki Pusat Bandar Kuala Lumpur pada waktu puncak.

Kebanyakan kenderaan berat ini, katanya, dilihat tidak mengendahkan larangan tersebut dan menyebabkan kesesakan lalu lintas di Selangor dan ibu negara pada waktu terbabit.

“Oleh itu, saya sudah mengarahkan JPJ untuk menambah tenaga kerja mereka bagi menguatkuasakan peraturan ini dengan harapan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas.

“Lebih ramai anggota polis trafik akan diminta untuk mengawal lalu lintas di kawasan mengalami kesesakan teruk pada waktu puncak bagi memastikan kelancaran aliran trafik,” katanya.

Usaha perlu dilakukan bagi meningkatkan kualiti pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di ibu kota. - Gambar fail
Usaha perlu dilakukan bagi meningkatkan kualiti pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di ibu kota. - Gambar fail

Selain itu, Ka Siong berkata, bagi jangka masa panjang, usaha meningkatkan kualiti pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan lalu lintas perlu dilakukan kerana bilangan kenderaan persendirian yang semakin meningkat di jalan raya.

Ujarnya, Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof mengumumkan bahawa kerajaan sudah meluluskan tiga projek lebuh raya baharu.

Menurut Ka Siong, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang mengkaji pendekatan berbeza untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.

“Sementara cadangan Liew Chin Tong pula sangat mudah, iaitu kerajaan mesti menyokong dan memberi subsidi untuk pengangkutan awam.

“Kerajaan sudah memperuntukkan RM115 juta untuk pas perjalanan tanpa had My50 dan My100.

“Saya tertanya-tanya, berapakah jumlah subsidi perlu ditambah oleh ‘kerajaan muflis’ sebagaimana sering dicanang Liew Chin Tong sebelum ini?,” katanya.

Kelmarin menerusi hantaran di Facebook, Chin Tong mengatakan sebelum ini beliau memaklumkan bahawa pendekatan diambil Ka Siong untuk menangani kesesakan lalu lintas dan mempromosikan penggunaan pengangkutan awam adalah salah.

Menerusi hantaran bertajuk ‘Kesesakan lalu lintas: tidak adil untuk menyalahkan Wee?’ itu, beliau turut memberikan hujah bagaimana untuk mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian.

Chin Tong berkata, kerajaan perlu menyokong pengangkutan awam, terutama bas dengan subsidi supaya peralihan model antara kereta persendirian dan pengangkutan awam boleh berlaku. – Getaran, 4 Jun 2022

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hati-Hati, Tiada Pegawai Akan Hubungi Orang Awam - Kementerian Digital

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Guna Hubungan Baik Pelbagai Negara Bantu Henti Kekejaman Di Gaza - PM

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

Semasa 2 jam yang lalu

Remaja 13 Tahun Mengaku Salah Bakar Anak Kucing

oleh Wartawan Getaran