web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Keputusan Laksana GST Betul Walau Tidak Popular, Kerajaan Dicadang Contohi India

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2022 9:13PM

GPM menyokong pelaksanaan GST kerana ia adalah cukai kepenggunaan iaitu dibayar mengikut corak pembelian masing-masing. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadang memperkenalkan sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) berbeza mengikut kategori barangan dan servis seperti dilaksanakan di India.

Timbalan Presiden Gerakan Pengguna Malaysia (GPM), Beninder Singh berkata, di India GST dibahagikan kepada empat segmen dengan kadar berbeza mengikut barangan dan perkhidmatan.

Menurutnya, kerajaan boleh mengecualikan cukai GST terhadap barangan keperluan asas, selain menetapkan kadar berbeza kepada produk dan perkhidmatan yang digunakan golongan berpendapatan tinggi.

“Ia lebih adil. Contoh seperti di India, GST dibahagikan kepada empat segmen dengan kadar berbeza mengikut barangan dan perkhidmatan. Mungkin kerajaan Malaysia boleh belajar dari India,” katanya kepada Getaran.

Beninder Singh
Beninder Singh

Beliau berkata, GPM sangat menyokong pelaksanaan GST kerana ia adalah cukai kepenggunaan, iaitu dibayar mengikut corak pembelian masing-masing.

Menurutnya, cukai tersebut juga dapat membantu kerajaan dalam usaha menjana pendapatan lebih stabil daripada hanya bergantung kepada eksport komiditi, malah kutipannya boleh disalur terus untuk membantu golongan berpendapatan rendah.

“Sekiranya GST adalah satu regim cukai tidak baik, tak mungkin 160 negara lain dalam dunia melaksanakannya, malah mereka tidak menghadapi sebarang masalah serius, kecuali isu pentadbiran pada permulaan pelaksanaannya.

“Jika (GST) tidak dibatalkan (di Malaysia), kami pasti kini sudah stabil pelaksanaannya dan faedah pula mula dirasai pengguna,” jelasnya.

Beninder pada masa sama menafikan bahawa harga barangan meningkat disebabkan pelaksanaan GST, sebaliknya ia disumbang pelbagai faktor semasa.

“Tidak tepat jika kita katakan bahawa harga barangan meningkat adalah disebabkan oleh hanya satu atau dua faktor.

“Sebaliknya faktor utama menyebabkan kenaikan harga barangan pada masa kini adalah pertukaran kadar mata wang asing, kestabilan geopolitik, gangguan rantaian pengedaran, peningkatan kadar gaji minima dan kekurangan tenaga kerja,” katanya.

Bagaimanapun, Beninder berkata, pihaknya percaya kenaikan harga barangan adalah bersifat sementara, sambil berharap pergolakan geopolitik dunia, terutamanya konflik Rusia dengan Ukraine berakhir dalam masa terdekat.

“Isu kenaikan harga barangan bukan hanya ‘unik’ kepada Malaysia sahaja, malah banyak negara mengalami masalah sama.

“Justeru tidak ada waktu yang baik untuk memperkenalkan sesuatu cukai. Sebaliknya kerajaan perlu melakukan perkara betul walaupun tidak popular,” katanya. – Getaran, 3 Jun 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad