Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Larang Eksport Ayam Risikokan Penternak Gulung Tikar, Rosakkan Industri

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2022 9:06PM

IDEAS percaya larangan mengeksport ayam akan menyebabkan beberapa kesan negatif selain lencongan perdagangan oleh negara pengimport, seperti Singapura. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) memberi amaran bahawa larangan eksport 3.6 juta ayam sebulan bermula kelmarin, bakal mewujudkan kerugian ketara disebabkan margin keuntungan rendah.

Tegasnya, keadaan itu berpunca daripada kebergantungan penuh kepada jualan tempatan yang tidak mampu menampung kos pengeluaran tinggi. 

Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Tricia Yeoh berkata, ramai pembekal ayam akan gulung tikar yang akhirnya merosakkan industri ayam secara keseluruhannya. 

Malah, menurut beliau, perancangan pelaburan dan pengembangan dalam sektor ini kemungkinan akan terbantut pada masa hadapan, sekiranya kerajaan memotong akses terhadap pasaran yang lumayan disebabkan penggunaan penyelesaian jangka pendek apabila kekurangan bekalan makanan berlaku. 

“IDEAS menzahirkan kebimbangan akan keputusan terkini kerajaan untuk menghentikan eksport 3.6 juta ekor ayam sebulan bermula 1 Jun 2022 sebagai satu penyelesaian jangka pendek dalam menangani isu kekurangan bekalan ayam di Malaysia. 

“Keputusan tersebut akan menyebabkan pelbagai kesan negatif tidak diingini terhadap pengguna Malaysia dan ekonomi yang semakin besar, seperti harga lebih tinggi untuk ayam import serta kehilangan pasaran penting dalam jangka panjang,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Di kala mengalami ketidaktentuan, Tricia menegaskan, Malaysia harus cenderung ke arah dasar makanan sara diri, seperti larangan mengeksport makanan agar dapat memberi keutamaan kepada keperluan sendiri, berbanding semangat kerjasama serantau. 

IDEAS percaya larangan eksport bakal menjejaskan industri tempatan untuk tempoh masa panjang disebabkan kehilangan pasaran penting. - Gambar oleh Syeda Imran
IDEAS percaya larangan eksport bakal menjejaskan industri tempatan untuk tempoh masa panjang disebabkan kehilangan pasaran penting. - Gambar oleh Syeda Imran

Menurutnya, IDEAS percaya bahawa ia adalah pelaksanaan dasar pandang dalam dan sering kali menyebabkan gangguan terhadap pasaran tempatan serta dunia. 

 “Larangan mengeksport ayam yang baru diperkenalkan ini berpotensi merosakkan industri secara keseluruhan, terutamanya kepada penternak ayam. Eksport haiwan itu di Malaysia meningkat daripada 40.19 juta ekor ayam pada tahun 2007 kepada 59.08 juta ekor ayam pada tahun 2020. 

“Apabila kerajaan menetapkan harga siling RM8.90 untuk sekilogram ayam agar harga kekal rendah, pembekal tempatan bergantung pada eksport negara seperti Singapura, Thailand, Jepun, Hong Kong dan Brunei untuk menampung kos serta memastikan mereka dapat kekal beroperasi,” katanya.

Menarik perhatian, beliau memaklumkan, larangan eksport juga akan menyebabkan lencongan perdagangan oleh negara pengimport, seperti Singapura dan bakal menjejaskan industri tempatan untuk tempoh masa panjang disebabkan kehilangan pasaran penting. 

Tricia berkata, tindakan larangan itu secara terburu-buru akan memburukkan lagi kedua-dua bekalan ayam tempatan dalam jangka masa panjang, selain keselamatan makanan negara.

“Kita dapat melihat baru-baru ini bahawa pelaksanaan larangan mengeksport menyebabkan beberapa kesan negatif. Ketika pandemik (COVID-19) pada tahun 2020, Vietnam dan Kemboja melaksanakan larangan mengeksport beras. Hal ini menyebabkan kenaikan kos mengimport dan harga beras import yang menjejaskan ramai pengguna dan isi rumah. 

“Sebagai tambahan, Indonesia baru-baru ini mengumumkan larangan mengeksport minyak kelapa sawit yang kemudian ditarik semula. Kadar tukaran wang Indonesia menjadi lemah setelah pengumuman pelaksanaan larangan eksport tersebut kerana pasaran menjangkakan hasil eksport akan menurun. 

“Di sebalik percubaan melindungi rakyat sendiri, larangan eksport tersebut menyebabkan kenaikan kos import melalui penyusutan nilai mata wang, lalu membawa kepada lebih banyak kenaikan harga barang. Perkara sama juga boleh berlaku kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Unit Ekonomi dan Perniagaan IDEAS, Juita Mohamad berkata, larangan eksport sudah dilaksanakan secara meluas ketika pandemik, terutama untuk barangan kelengkapan perlindungan diri (PPE) dalam kalangan negara anggota Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) terpilih. 

“Sehingga kini, larangan eksport tersebut masih lagi berkuat kuasa walaupun kapasiti pengeluaran dipertingkatkan dan memenuhi permintaan tempatan. 

“Hal ini jelas menunjukkan bahawa langkah sebegini amat mudah untuk diperkenalkan oleh kerajaan, tetapi pembatalannya tidak berlaku dengan segera walaupun hasil pengeluaran meningkat dan permintaan tempatan dipenuhi,” katanya.

Lantaran itu, menurut Juita, IDEAS menyarankan pelan jangka pendek agar Malaysia dapat menggunakan rakan kongsi dua hala dan pelbagai hala sedia ada, di samping rakan dagang yang berpotensi untuk bekerjasama dengan lebih baik.

Katanya, ini perlu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan makanan dapat dicapai, bukan sahaja ketika waktu senang malah ketika ketidaktentuan melanda, berbanding hanya mengambil pendirian pandang dalam untuk menyelesaikan isu keselamatan makanan ini.

“Pemansuhan lesen import (AP) juga adalah langkah baik untuk memastikan bekalan bahan makanan mencukupi. Namun begitu, tanpa pemansuhan halangan tarif dan bukan tarif dalam jangka masa terdekat, seperti mengurangkan duti import, memperkemas dan mempercepat proses pensijilan, bekalan makanan dan ayam semasa di Malaysia tidak akan meningkat dengan ketara. 

“Untuk jangka panjang, Malaysia harus menambah baik aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam sektor teknologi makanan dan pertanian supaya kapasiti, produktiviti serta pertumbuhan hasil tanaman dapat dibina dari semasa ke semasa bagi memberikan lebih sokongan kepada keselamatan makanan Malaysia pada masa hadapan,” katanya. - Getaran, 3 Jun 2022.

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Buru 2 Suspek Kes Tembak Di Pasir Mas

Semasa 13 minit yang lalu

Bintang Selangor FC, Faisal Halim Disimbah Asid

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gajah Liar Ganggu Penduduk Ditangkap

Politik 1 hari yang lalu

Pendirian Tak Tetap, Wan Ahmad Fayhsal Digelar Mengkarung

oleh Sophia Ahmad