web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Padah Miliki Pistol Tiruan, 2 Lelaki Tempatan Direman

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2022 5:43PM

Ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -Dua lelaki ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis methamphetamine dan pistol tiruan dalam serbuan di sebuah kondominium di Jalan Cheras Batu 5 di sini, malam tadi.

Dalam serbuan jam 11.55 malam itu, suspek yang juga lelaki tempatan, masing-masing berusia 31 dan 46 tahun itu turut mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, dadah seberat 0.25 gram itu ditemui hasil pemeriksaan di dalam unit kediaman di kondominium terbabit.

Menurutnya, ujian saringan air kencing terhadap kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Hasil pemeriksaan lanjut, pasukan serbuan merampas satu beg warna hijau mengandungi sepucuk pistol warna hitam dipercayai tiruan tanpa kelopak berjenama ‘WET’ dalam kabinet dapur kediaman tersebut.

“Kedua-dua suspek kini direman sehari bermula hari ini mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, susulan penemuan dadah tersebut, suspek disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Manakala bagi kes memiliki pistol tiruan terbabit, kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi setahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya.

Muhammad Idzam turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli atau memiliki senjata tiruan dengan sengaja kerana tindakan undang-undang boleh diambil mengikut Akta Senjata 1960. – Getaran, 3 Jun 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar