web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wajibkan Klinik Swasta Pamer Harga Vaksin Kanak-Kanak - Pakar Kesihatan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2022 9:03AM

Penguatkuasaan harga siling vaksin adalah langkah tepat kerana ia memberi keadilan kepada semua pihak termasuk golongan pengguna dan fasiliti kesihatan. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa dicadang mewajibkan fasiliti kesihatan swasta yang menawarkan vaksin COVID-19 membabitkan kanak-kanak berusia lima tahun ke atas untuk mempamerkan harga masing-masing kepada orang ramai.

Menerusi langkah tersebut, Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM), Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, ibu bapa atau penjaga boleh memilih fasiliti yang menawarkan harga sewajarnya.

"Elok diiklankan (harganya) jadi klinik-klinik itu perlu meletakkan harga mereka dan ibu bapa perlu memeriksa sama ada harga itu mengikut harga siling atau pun tidak.

"Jika ada ragu-ragu boleh laporkan kepada pihak berkuasa," katanya ketika dihubungi Getaran hari ini.

Dr Zainal Ariffin Omar
Dr Zainal Ariffin Omar

Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini mengumumkan, kerajaan tidak mengawal harga bayaran bagi pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berusia lima tahun ke atas yang terpaksa mendapatkan kemudahan itu di fasiliti kesihatan swasta bermula 1 Jun lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, harga bayaran vaksin COVID-19 itu bergantung kepada fasiliti kesihatan swasta dan ia mencakupi caj konsultasi, peralatan dan perkhidmatan.

Namun begitu, beliau menegaskan, harga vaksin berkenaan perlu mengikut harga siling ditetapkan.

Dr Zainal Ariffin menambah, pihak berkuasa juga perlu proaktif dalam melaksanakan pemantauan terhadap kadar harga vaksin berkenaan dan mengambil tindakan segera sekiranya terdapat aduan berkaitan.

"Apabila (kadar harga) dikawal, saya rasa doktor tidak buatlah (menekan harga) begitu sebab dia hendak menarik pelanggan," katanya.

Beliau turut melihat penguatkuasaan harga siling vaksin adalah tepat kerana ia memberi keadilan kepada semua pihak termasuk golongan pengguna dan fasiliti kesihatan.

 Dr Malina Osman
Dr Malina Osman

Dalam pada itu, Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi dan Biostatistik) dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Malina Osman berpendapat, semua pengamal perubatan terikat dengan akta, termasuk melibatkan kos rawatan. 

Menurut beliau, pihak persatuan dan agensi berkenaan pada kebiasaannya telah memberikan skop julat harga perkhidmatan atau ubat-ubatan. 

"Sama seperti kos pembedahan dan semua rawatan di premis perkhidmatan swasta, terdapat mekanisme tertentu yang memastikan pengamal perubatan mematuhi skop harga ditentukan. 

"Untuk vaksin, saya berpendapat tiada isu," katanya. - Getaran, 3 Jun 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Luar Negara 15 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad