Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Saksi Kemalangan Maut Dicari

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2022 12:58PM

Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis memerlukan bantuan orang awam untuk membantu siasatan kes kemalangan maut,  membabitkan sebuah kereta dan lori di sekitar Petaling Jaya, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, polis menerima laporan kes kemalangan di Kilometer (KM) 9.6 Lebuhraya Damansara Puchong menghala Puchong  pada jam 12.20tengah malam antara sebuah kereta jenis Mercedes Benz dan lori.

“Siasatan mendapati pemandu lori memberhentikan kenderaannya di lorong kanan jalan untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan jalan.

“Secara tiba-tiba bahagian belakang kenderaan tersebut dilanggar Mercedez Benz yang datang dari lorong sama,” katanya hari ini.

Beliau berkata, pemandu kereta, seorang wanita warga tempatan berusia 22 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, siasatan diteruskan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Justeru , kita meminta saksi bebas yang berada di tempat kejadian supaya tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk membantu siasatan.

“Selain itu, mereka boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi, Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Navalan A/ L Ravindran di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan,” ujarnya. - Getaran, 2 Jun 2022

Sorotan

1

KBS Pastikan Faisal Halim Dapat Rawatan Percuma Di ISN – Hannah

2

Malaysia Kekal Pendirian Tak Benar Syarikat Berdaftar Di Israel Jalan Aktiviti Dalam Negara

3

Faisal Halim Alami Kelecuran Tahap Empat, Pergerakan Dan Percakapan Terbatas - Shahril

4

Sivasangari Dinobatkan Atlet Terbaik April Oleh The World Games

5

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

6

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

Semasa 1 jam yang lalu

Sempadan Malaysia – Thailand Di Sungai Golok ‘Dikawal’ Kereta Perisai, Dron

Sukan 9 minit yang lalu

KBS Pastikan Faisal Halim Dapat Rawatan Percuma Di ISN – Hannah

Semasa 22 jam yang lalu

Kepala Air Lahad Datu: Aktiviti River Hiking Tak Dapat Kelulusan, Kebenaran