web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sisa Isirung Sawit Ganti Makanan Import Bantu Stabil Bekalan Ayam Jangka Panjang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2022 2:23PM

Kek isirung sawit (PKC) yang ditapai dan lemak pemakanan tinggi kepada ayam pedaging, boleh menggantikan makanan import digunakan hampir semua ladang ayam komersial hari ini. - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) akan meningkatkan usaha mempromosikan penggunaan sisa isirung sawit sebagai makanan haiwan bagi memastikan Malaysia mempunyai bekalan ayam yang mampan dalam jangka panjang.

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, ladang kelapa sawit Malaysia menghasilkan bekalan sisa isirung sawit yang banyak.

Zuraida Kamaruddin
Zuraida Kamaruddin

Katanya lagi, kajian menunjukkan memberi makan kek isirung sawit (PKC) yang ditapai dan lemak pemakanan tinggi kepada ayam pedaging, boleh menggantikan makanan import digunakan hampir semua ladang ayam komersial hari ini.

“KPPK juga akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan lain untuk mengkaji semula dasar eksport PKC yang akan lebih memihak kepada ayam pedaging tempatan. Pada masa ini, PKC dieksport untuk industri lembu Eropah.

“Kementerian juga akan bekerjasama dengan agensi berkaitan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan kerajaan negeri untuk melihat dengan segera bagaimana ketersediaan sisa isirung sawit sebagai makanan haiwan untuk industri ayam Malaysia dapat dilakukan dengan segera,” katanya hari ini.

Pada masa sama, Zuraida berkata, KPPK juga akan bekerjasama rapat dengan institut penyelidikan seperti universiti awam untuk melihat cara meningkatkan kualiti PKC bagi menjadikannya pilihan utama penternak ayam.

Katanya, ini termasuk kajian untuk mengurangkan kandungan serat dalam PKC.

Jelas beliau lagi, antara punca harga ayam naik adalah disebabkan harga makanannya yang tinggi dengan dilaporkan peningkatan daripada RM500 satu tan kepada RM1,900 satu tan dalam beberapa kes.

Disebabkan itu, katanya, ayam kurang diberi makan, menyebabkan ternakan membesar dengan lebih perlahan daripada biasa, dan seterusnya memberi kesan terhadap bekalan ayam.

“Buat masa ini Malaysia mengimport sebahagian besar makanan ayam, dan kebanyakannya diperbuat daripada bijirin seperti jagung dan kacang soya.

“Sumber ini menghadapi kekurangan di seluruh dunia akibat perang di Ukraine dan keadaan cuaca tidak menentu,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, KPKK akan terus komited untuk memainkan peranan dalam membantu mengurangkan kebergantungan Malaysia kepada makanan ternakan yang diimport.

“Kementerian akan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dan memastikan sektor komoditi terus menyumbang secara konsisten kepada pembangunan ekonomi negara,” katanya. - Getaran, 31 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad