Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Teruk Dikecam, Wan Ahmad Fayhsal Tak Serik Dekati Belia

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2022 12:10PM

Wan Ahmad Fayhsal tidak serik untuk mendekati belia meskipun pertemuannya dengan Haqiem Stopa pada 25 Mei lalu telah dikecam ramai. - Gambar dari Facebook Wan Ahmad Fayhsal

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Wan Ahmad Fayhsal tidak akan serik mendekati anak muda khususnya golongan belia NEET (not in employment, education and training) seperti pempengaruh TikTok dikenali sebagai Haqiem Stopa, meskipun dikecam pihak tertentu.

Menurut beliau, Haqiem dilihat sebagai antara figura dan individu berpengaruh dalam kelompok tersebut justeru, pihaknya bersama rakan-rakan strategik yang lain perlu berganding bahu mendekati golongan berkenaan.

Menurut beliau, golongan tersebut sering dicop dan diberikan stigma negatif seperti sampah masyarakat selain dipandang remeh oleh komuniti setempat kerana minat mereka terhadap permotoran dan perlumbaan.

"Kita perlu mendekati dan mendapat kepercayaan mereka agar boleh dibentuk menjadi insan lebih baik, bukan kita maki hamun, perkecil atau perli golongan berkenaan," katanya kepada Getaran semalam.

Selain sesi panggilan video bersama Haqiem, turut terbabit ialah legenda cub prix, Wazi Abdul Hamid dan berapa wakil Santai Anak Utara (SAU) serta Belia Mahir.

Laman Facebook Wan Ahmad Fayhsal baru-baru ini menerima kecaman orang ramai selepas beliau menerima kunjungan Haqiem.

Ia selepas Timbalan Menteri Perpaduan Negara itu menyatakan bahawa Haqiem, 22, terkenal dengan jolokan ikon permotoran anak muda.

Dalam pada itu, Wan Ahmad Fayhsal berkata, ubat paling mujarab untuk mengubah masa depan dan peribadi anak muda daripada golongan NEET adalah melalui jalan pendidikan.

Beliau bagaimanapun berkata, golongan tersebut dilihat tidak sesuai untuk dipaksa menyambung pengajian ke universiti atau politeknik namun lebih wajar diberi pendidikan bersifat vokasional.

Jelasnya, pendedahan dan motivasi perlu diberikan kepada golongan tersebut selain menggerakkan usaha untuk mengetahui kecenderungan mereka bagi menentukan bidang yang bersesuaian.

"Tanyalah mereka, minat apa? Kalau mereka berminat kerja-kerja pertukangan kayu, berikan peluang masuk ke mana-mana institusi vokasional yang memberikan pendidikan sebegitu. (Dapatkan) Sijil-sijil kemahiran.

"Insya-Allah rasa sunyi, rasa lompong kehidupan mereka itu boleh diisi dengan kegiatan bermanfaat dan barulah mereka boleh diajak keluar daripada sebarang anasir yang merosakkan seperti rempit dan sebagainya,” katanya. - Getaran, 30 Mei 2022

Sorotan

1

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

2

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

3

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

4

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

5

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

6

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerja Alih, Pindah Kubur Di Selat Klang Ditangguh Seminggu – Amirudin

Semasa 10 jam yang lalu

KESUMA Percepat Penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig, Laporan Interim Jun Ini

Semasa 10 jam yang lalu

Gunung Ruang: Penerbangan Masuk, Keluar KLIA Diteruskan - CAAM

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

Fitnah MCMC, PDRM: Laporan Polis Dibuat Terhadap Murray Hunter

oleh Wartawan Getaran