Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Penguatkuasaan Longgar, Sindiket 'Motherboat' Berleluasa Kaut Hasil Laut Negara 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2022 12:22PM

Maritim Malaysia Zon Bintulu berjaya menahan sebuah kapal nelayan Vietnam yang disyaki menceroboh perairan negara pada jarak lebih kurang 132 batu nautika dari barat laut Kuala Kemena, Bintulu pada 17 Oktober 2021. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sistem penguatkuasaan yang longgar dalam memantau aktiviti nelayan asing menjadi antara faktor golongan tersebut semakin berani menceroboh perairan negara untuk mengaut ikan, sehingga menyebabkan bekalannya semakin ‘ghaib’.

Pakar Undang-Undang Maritim, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Mohammad Zaki Ahmad berkata, penguatkuasaan undang-undang yang dilihat lemah itu juga secara tidak langsung membuka ruang kepada ‘sindiket’ nelayan asing melakukan kegiatan penipuan tanpa dikesan.

Paling membimbangkan, menurut beliau, terdapat nelayan asing yang dibenarkan bekerja membantu nelayan tempatan, mengambil kesempatan dengan menggunakan kapal didaftarkan di Malaysia bagi menangkap hasil laut untuk dihantar ke kapal besar berteknologi canggih, dikenali sebagai ‘motherboat’.

“Walaupun tiada bukti kukuh, terdapat aduan daripada nelayan tempatan bahawa ada nelayan asing yang menangkap ikan di zon ekonomi eksklusif (ZEE) tidak menghantar ikan mereka di pelabuhan LKIM, tetapi pindahkan ke “motherboat” atau “vessel” yang besar dan akan dibawa serta didaratkan di negara jiran seperti Thailand atau Vietnam.

“Sukar untuk memantau sebab modus operandi mereka di tengah laut dan ia dioperasikan oleh nelayan asing menggunakan bot yang didaftarkan di Malaysia. Kita tak cukup nelayan kerana itu dibenarkan untuk mengambil warga asing disebabkan orang tempatan tak mahu kerja dalam suasana sukar, termasuk perlu bekerja di atas kapal lebih kurang 10 minggu untuk menangkap ikan,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Kegiatan nelayan asing yang menceroboh perairan negara boleh menyebabkan bekalan hasil laut negara berkurangan. - Gambar hiasan
Kegiatan nelayan asing yang menceroboh perairan negara boleh menyebabkan bekalan hasil laut negara berkurangan. - Gambar hiasan

Terdahulu Getaran melaporkan, Malaysia amat ‘terbeban’ dengan kewujudan kartel yang mengawal harga dan pengeluaran ikan di Semenanjung sehingga bekalan hasil laut itu semakin berkurangan.

Kerakusan nelayan asing yang semakin berani menceroboh perairan negara untuk mengaut ikan juga menyebabkan bekalannya semakin ‘ghaib’, dan memberi implikasi besar terhadap nelayan tempatan.

Lebih menakutkan, hasil laut negara didakwa mungkin pupus dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang sekiranya kegiatan terbabit gagal dikawal.

Bagaimanapun menerusi maklumat diperoleh Getaran, isu tersebut dilihat tidak akan menemui noktah kerana wujud agensi kerajaan yang sanggup menjadi orang tengah bagi membolehkan permohonan nelayan asing, khususnya warganegara Vietnam untuk mendapat lesen menangkap ikan di Malaysia dipermudahkan.

Mendedahkan perkara itu, seorang nelayan dikenali sebagai Sham, 51, berkata, masalah tersebut bukanlah isu baharu, malah nelayan tempatan seperti dianaktirikan oleh agensi kerajaan dan pihak berkuasa yang terbabit dalam membanteras kegiatan pencerobohan haram perairan negara.

Menurutnya, tindakan tidak bertanggungjawab daripada agensi kerajaan yang berperanan sebagai peneraju bagi membangunkan industri perikanan Malaysia itu menyebabkan warga luar dengan mudah memalsukan lesen agar dapat digunakan nelayan asing lain di negara mereka.

Dalam pada itu, Mohammad Zaki menegaskan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang diberi amanah bagi menguatkuasaan undang-undang perikanan Malaysia tidak mampu melakukan pemantauan secara menyeluruh disebabkan keluasan besar perairan negara, di samping kekurangan anggota serta kapal peronda.

“Kena ingat, walaupun APMM ada lebih kurang 24 bot namun bukan semuanya boleh belayar kerana ada yang perlu diselia dan dibaiki di pelabuhan. Jadi, kalau ada penguatkuasaan ketat dan pemantauan komprehensif, pasti tidak akan berlaku masalah. Kena cari jalan bagaimana untuk menyekat nelayan asing yang menjadi pekerja di bot tempatan agar mereka tidak melakukan penangkapan haram untuk didaratkan di negara masing-masing.

“Pada masa sama, ‘motherboat’ ini bukan bertindak untuk mengaut hasil negara sahaja, mereka juga mengambil kesempatan menyalurkan subsidi diesel kepada nelayan asing yang menggunakan bot tempatan. Mereka akan pindahkan bahan api tersebut ke kapal tersebut untuk dijual secara haram dengan harga lebih mahal. Ini kita bimbang kerana perkara ini pun sudah semakin berleluasa,” katanya.

Sementara itu, ditanya sekiranya terdapat keperluan meminda Akta Perikanan 1985, beliau mengakui ia wajar dilaksanakan demi menyelamatkan hasil laut daripada terus musnah akibat ‘kerakusan’ nelayan asing yang mengaut untung dengan menceroboh perairan negara.

Bagaimanapun, Mohammad Zaki yang juga Pensyarah Kanan Pengajian Antarabangsa, UUM menegaskan, pindaan berkenaan perlu dilaksanakan secara terperinci dengan mendapat pandangan menyeluruh daripada pelbagai pihak, khususnya nelayan yang sememangnya berharap agar kerajaan serius dalam menangani penangkapan haram di perairan negara.

“Sebelum nak buat sesuatu dasar, dapatkan dahulu pendapat nelayan, pujuk mereka bahawa pindaan itu diambil berdasarkan saintifik data kajian. Selain itu, sediakan alternatif bagi mereka mencari sumber pendapatan lain sekiranya akta terbabit berjaya dipinda. Perkara ini telah pun dimulakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM) untuk galak nelayan menceburi pelbagai sektor seperti pemprosesan ikan dan sebagainya.

“Kerajaan dah nampak lama cuma (diganggu) kehendak politik dan komitmen pemimpin sebab sebarang perubahan undang-undang melibatkan periuk nasi nelayan, iaitu antara komuniti miskin di Malaysia. Isunya, adalah mereka berani komited untuk gubal undang-undang walau beri kesan kepada golongan itu kerana ada wakil rakyat yang majoriti penyokongnya adalah nelayan.

“Justeru, jangan lihat perkara ini secara dasar namun teliti sedalam-dalamnya mengapa penangkapan haram ini berlaku selain penggunaan peralatan menangkap ikan secara haram seperti pukat tunda yang boleh memusnakan habitat marin. Aktiviti itu masih boleh dilihat seperti nelayan di Kuala Perlis, mereka masih menggunakan pukat rawa sorong,” katanya.

Dron boleh digunakan untuk membuat pemantauan dengan tumpuan diberikan di kawasan titik panas. - Gambar oleh Azim Abd Rahman
Dron boleh digunakan untuk membuat pemantauan dengan tumpuan diberikan di kawasan titik panas. - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Pada masa sama, tegasnya, terdapat keperluan untuk agensi penguatkuasa, khususnya APMM sentiasa turun padang melakukan pertemuan bersama nelayan tempatan kerana komuniti tersebut mampu menjadi perisik kepada pasukan keselamatan dalam mengawal penangkapan haram oleh nelayan asing.

“Nelayan tempatan ini merekalah mata-mata untuk pihak berkuasa, namun mereka geram (kerana) walaupun sudah beri maklumat, namun penangkapan haram ikan masih lagi berlaku sehingga wujud anggapan bahawa penguatkuasa, APMM tidak buat kerja. Sekarang ini anggota-anggota turun namun perlu tingkatkan lagi reaksi bersama komuniti tersebut bagi memastikan komunikasi antara mereka lebih efisyen.

“Selain itu, kalau nak jimat kos tak perlu hantar kapal besar dah, gunakan dron untuk buat pemantauan. Cara ini lebih mudah kerana mampu menumpukan kawasan titik panas yang menjadi lokasi nelayan asing untuk menangkap ikan di Malaysia. Mereka juga boleh gunakan kemajuan teknologi satelit yang membolehkan mereka memantau data analisis tersebut secara besar-besaran.

“Contoh terbaharu, kapal-kapal China yang sanggup berlayar sehingga perairan Ecuador bagi menangkap sotong. Aktiviti ini dapat dikesan melalui tinjauan satelit sehingga nampak cahaya terang di situ disebabkan keperluannya bagi memikat sotong,” katanya. - Getaran, 29 Mei 2022.

Sorotan

1

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

2

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

3

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

4

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

5

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

6

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Hina Islam: Kerajaan Wujud Talian, Emel Khas Untuk Aduan Kes - Menteri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

PM Harap Terminal Baharu LTSIP Jana Lebih Banyak Peluang Ekonomi Di Kelantan

Politik 18 jam yang lalu

Undi Pemilih India, Orang Asli Penentu Keputusan PRK KKB - Penganalisis

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Pekerjaan Hijau Kurangkan Pengangguran, Pelihara Alam Sekitar